BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 15, 2010

Be Strong dear...

Once again, i wanted to say to myself, 'Fyfah dear, please be strong. Please fyfah. Only for this times.' Fine, after this tak ada lagi massage dari dia, call dari dia, comments dekat FB either aku punya or dia.


Before aku tutup panggilan percuma yang aku dapat for my birthday (haha, gila lawak ayat BM aku), aku ingat dapat la aku call dia for the last time. But, ok. He dont wanted to pick it up. Fine. Aku bukan nak cerita hal peribadi aku dekat blog, but for me this is the best place untuk aku luahkan everything. Its not means i dont have anybody untuk aku cerita. Ada tu memang ada, tapi entah. Kira blog nie tempat kedua untuk aku luahkan after aku bercerita dengan Allah.

So, start dari semalam aku try to call and ada la juga hantar massage dekat phone dia. So impress because dia reply. Haha, aku hantar massage pun just untuk informed dia yang aku ada hantar massage dekat inbox FB dia. Aku pun tak tahu either apa yang aku buat nie betul atau tak. Bukan bermaksud aku desperated sangat nak hantar tapi untuk bagitahu dia apa yang aku rasa.

So, dalam massage aku kat inbox dia tu aku just cakap yang i cant be anybody dalam life dia after this even as a friends. Rasa macam dah tak boleh nak face to face dengan dia langsung. Aku pun tak tahu la nak describe kan macam mana. yes, aku admitted yang pada dasarnya aku happy once aku dapat tahu yang dia and _____ nak t_ _ _ _g. Ok, fine. Tapi, cara aku dapat tahu tu seriously aku kecewa. Aku bukan nak marah pun. If betul dia ikhlas nak kawan dengan aku, why not dia cakap. Bukan nya susah sangat nak cakap.

Yep, aku tahu maybe bagi dia, he needs kekuatan untuk bagitahu perkara yang sebenar. Tapi, at least even aku kecewa tapi aku tak ada la rasa sakit sangat macam nie. Aku bukan nak salahkan dia 100%, and maybe aku pun ada buat silap. Ok, aku mengaku. Ada silap aku yang aku tak perasan. Tapi, once again aku rasa agak terasa la dengan apa yang dia buat kali nie. And this things aku akan ingat sampai mati. As what yang dia pernah cakap dulu dekat aku and aku still ingat sampai sekarang, peluang yang diberi tak mungkin akan berulang. Thus, for this time aku pulangkan balik kata-kata yang dia pernah 'pinjamkan' untuk aku.

Bukan bermaksud aku nak putuskan tali ukhwah or whatsoever, tapi cukuplah untuk kali nie. Sorry, i cant be what you want me to be. And aku pun tak faham apa yang dia maksudkan yang dia fail dalam hal between dia and aku. Dah cukup critical thinking dah aku malam tadi. Tapi, sampai sekarang still tak dapat apa yang dia cuba sampaikan. Haha. Sudah la fyfah, lupakan je dia. anggap yang dia dah mati. Itu yang terbaik...

Sunday, December 12, 2010

Perpisahan…”Aku tidak boleh lupakan dia”?


Sering kita dengar dan tahu (malah ada yang pernah merasainya) tentang perpisahan. Perpisahan mungkin menyakitkan tapi seperti yang saya telah katakan “BERSABARLAH”..Saya akan cuba rungkaikan tajuk “perpisahan” semampu mungkin..

Erti Cinta~Perpisahan…”Aku tidak boleh lupakan dia”?



Perpisahan memang menyakitkan. Ayat di atas dimaksudkan ketika berlakunya perpisahan di antara pasangan “kekasih” (benarkah?). Tidak kiralah zaman sekolah kah, zaman universiti kah atau di zaman mana-mana sahaja jika kita perhatikan sering berlaku “cinta monyet” yang menyebabkan berlakunya putus asa ke atas seseorang yang di minta putus. Samada sedih atau tidak pasti salah seorang akan terseksa “jiwa dan raga”. Sehingga ada yang kata “Aku tidak boleh lupakan dia” malah ada yang berkata “Aku tidak boleh hidup tanpa dia”.


Seperti nukilan dan garapan bab sebelum ini, ternyata ramai yang hilang kesabaran dan lupa tentang diri bila berlaku perpisahan. Bagi yang meminta putus pula persoalan sering timbul di ruang hati apakah niat sebenar belakunya perpisahan. Adakah kerana timbul kesedaran untuk tidak bercinta sebelum berkahwin, ingin menganiaya, tiada rasa cinta, kecewa dengan sikap si dia dll.


Walau apa jua alasan dan sebab, perpisahan pasti akan berlaku sebenarnya. Bukankah telah dinyatakan oleh firman ALLAH bahawa setiap manusia akan mati. Jadi sebelum memulakan hubungan fikirlah panjang dan sebenar-benar kerana ALLAH adakah kita mampu menghadapi perpisahan samada sementara atau selama-lamanya. Sememangnya sebagai insan yang beriman jangan lah kita terlalu mengharap cinta manusia (terutamanya sebelum bernikah-cukuplah berkenal-kenalan atau taaruf dengan cara sebenar) kerana CINTA manusia tidak kan kekal, hanya CINTA ALLAH akan kekal selama-lamanya.


Fiman Allah subhanallahu Taala


Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Al Anbia’ 35

Harapkan dan berusahalah diserapkan sematkan dalam hati sanubari kita bahawa CINTA ALLAH lah yang terutama bagi diriku. Itulah yang sebenar-benarnya untuk selama-lamanya.


Mengapa berlaku kata-kata yang dimaksudkan tadi “Aku tidak boleh lupakan dia”? Jawapan: Ia berlaku kerana terlalu mengharapkan pada si dia dan cinta dipenuhi dengan cinta si dia bukan CINTA yang benar-benar satu iaitu ALLAH. Bila ini berlaku ramai yang terlupa dan leka untuk kembali kepada diriNya.


Fenomena ini menjadi satu realiti pada masa kini. Lihatlah betapa ramai yang tersesat dan tersimpang jauh dari landasan sebenar iaitu landasan syariah. Malah kita lihat berlakunya kes bunuh diri kerana putus cinta. Astaghfirullah hal azim. Janganlah kita merasa putus asa sehinggakan mengikut telunjuk syaitan tanpa memikirkan rahmat dari ALLAH. Semaikanlah kekuatan dalam dirimu dengan mengingati ALLAH. “Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang”.


Fiman Allah subhanallahu Taala

…..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Yusuf : 87



Sekali lagi, doakanlah kekuatan untuk diri kita sendiri untuk sentiasa bersama rahmat ALLAH dan petunjukNYa. Selalulah mengucap syukur terhadap apa yang berlaku kepada kita. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Carilah hikmah itu sehingga menjumpainya. InsyaAllah kita akan merasa sangat-sangat bersyukur. Thank You ALLAH. Banyak lagi rahsia ALLAH yang kita tidak tahu di muka bumi ini. Kesyukuran yang dipanjatkan pasti disenangi ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai hambaNYA yang taat lagi bersyukur.


Fiman Allah subhanallahu Taala

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).AnNisa’147


Sedarilah, kamu pasti mempunyai kekuatan untuk melupakan dia. Pasti tersembunyi perasaan untuk mendapatkan kekuatan dan semangat yang kuat dalam diri kita. InsyaAllah, selamilah hati anda disertai dengan Iman dan Taqwa kepada ALLAH. Tidak perlu dirisau kerana setiap manusia yang hidup di dunia ini di jadikan berpasang-pasangan. Pasti ada seseorang untuk di jadikan teman hidup. Fitrah manusia untuk ingin mempunyai teman. Sedangkan Adam alaihis salam juga kesunyian dan perlukan seorang teman. Lalu di ambil lambung rusuk kiri nya untuk di jadikan pasangan hidupnya iaitu Hawa.


Cintailah sebenar-benarnya sepenuhnya suami mu atau isterimu,sahabat2mu dan kedua ibubapamu..pimpinlah mereka ke syurga bersama-samamu, Lunaskanlah tanggungjawab dalam hidup berumahtangga,Lunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak,seorang sahabat... Tetapi tetaplah hati mu pada yang SATU iaitu ALLAH subhanallahu Taala. Itulah hak yang sebenarnya. Ketaatan dan ingatanmu di mulakan dengan ingatan niat kerana ALLAH.


Beginilah, definisi perpisahan sebenarnya memberi makna bahawa ia sudah tidak mungkin bersama kita ataupun perpisahan yang InsyaAllah pasti akan berjumpa semula. Bila di amati, setiap insan pasti akan berlakunya perpisahan iaitu perpisahan yang kekal. Sudah pati ia tidak dapat di elak dan di tangguh. Persoalan: Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi perpisahan yang kekal untuk selama-lamanya? Jawapan: Tepuk dada tanya IMAN. Pastikan kamu bersedia. Bagi yang hidup teruskanlah hidupmu dengan mencari keredhaan kepada ALLAH.


Jangan kerana berpisah dengan manusia yang kita sayang sehinggakan kita lupa kepada kasih sayang yang TERUTAMA iaitu ALLAH. ALLAH lebih berhak untuk diingati dan menangislah keranaNYA dan jangan lupakan ALLAH.


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Friday, December 10, 2010

Thanks my Frenz...



Haha, gila cun siot muka aku. Dah macam opera cina. Boleh dah masuk teater nak berlakon sekali dengan dieorang. Haha, nie la dia akibat tak dengar kata ibu bapa. Giler la korang. Plan yang sangat teratur. Siap buat baik dengan adik. Komplot plak dengan mak kau ye nana. Hihi.

First of all, thanks giler-giler tahap cipanzi sebab celebrated birthday aku. Pandai korang ea. Siap bawa pergi jusco la, nak pergi tesco la. Jalan-jalan. Siot, alih-alih aku tertipu. Haha, tapi aku dah agak dah korang nak buat plan main balin-baling tepung nie. Haha. Seriously, aku terharu and appreciated apa yang korang buat. Thanks once again to Nana and Udyn. Korang memang best.

Lepas nie, Palong punya kita buat gempak sikit. Tambah-tambah telor ke, air stoking sikit. Nasib korang tak buat macam tu. Haha. Thanks juga untuk kek yang kiut tu.


\



Wednesday, December 8, 2010

Be Strong dear...

Okey, baru dapat result final exam tadi. Kecewa tu memang dah confirm la kan. Entah la, maybe its true yang aku banyak main. Abah pun terkejut dengar result aku. Aku yang dapat result nih lagi la sedih. Gila kalau tak sedih. Tapi, bersyukur la sebab tak ada yang repeat. Pointer turun sebab ade C. If tak ada C, maybe result boleh naik.


Maybe juga sebab jiwa kacau this sem. Entah, banyak juga ujian before and after final hari tu. Haha (buat-buat gembira..). Serious, hadiah birthday aku this year. Ya Allah, sedihnya aku. Speechless.....

Aish, whatever it is, jangan putus asa and kecewa. Teruskan usaha. And thanks dekat kawan-kawan yang bagi support.

Moral of the story:
-jangan banyak main ye, fifie.....
-study lepas habis lecture. jangan ingat nak main je. Banyak la kan lagi tangguh kerja. Buat note time nak exam, memang tak la...
-banyak-banyak kan sikit doa and buat solat hajat. jangan lupa minta doa and restu dari parents juga....

Tuesday, December 7, 2010

Everything is new...ahaks...

Okey, shocked pasal semalam pun belum reda. And, yep once again aku menangis sebab lelaki. But now, i try to be as strong as i can. Hari nie 8hb and hari kedua tahun baru islam. Of cause not to late for me to wish Salam Maal Hijrah, semoga tahun baru ini memberi seribu keberkatan dalam kita melayari kehidupan dan mudah-mudahan segala amal ibadah kita diterima oleh Allah swt. Insya-Allah, amin.


So, esok aku pula yang akan melangkah ke salah satu fasa baru. Haha, even memang lawak sebab antara kawan-kawan aku, aku nie je yang belum sampai umur 20tahun. Hihi, kira macam awet muda la nie, ala kira pangkat adik la (okey, gila perasan. Boleh bla sekarang..) In a simple words, esok birthday aku. So, happy birthday Fyfah. Haha.

Saja aku post awal-awal. Tengah bosan gila and tak tahu nak buat apa. Supposedly, udyn ajak kelaur malam nie cause dia nak belanja, acewah aku memang suka bila orang nak belanja-belanja nie especially bila nak belanja makan. Haha. Tapi, disebabkan ada hal-hal yang tak dapat dielakkan (tak boleh keluar sebab abah tak bagi and siap kena sound lagi.) tak jadi keluar. Tunda esok, nak pergi joging bagai and etc. Itu pun kalau aku dapat keluar. Kununnya nak pergi celebrate birthday la, so bila dah kena sound tadi rasa gila macam malas. Means merajuk la nak keluar. Tengok la esok macam mana.

And supposedly aku akan celebrate dengan someone. But unfortunately dia tak de kat sini. And aku still remember dia kata nak belanja SR time birthday aku. Memang la aku tak harapkan pun dia nak belanja or even dia nak bagi hadiah. Entah la. Aku betul-betul dah tawar hati dah dekat dia. Bagi aku cukup lah dia ingat birthday even tak wish. At least ada la org yang ingat pada birthday aku yang tak seberapa nie. Speechless.....

Thus, disebabkan hal itu (aku je yang tahu), dia tak wish pun aku tak kisah. Aku tak harap pun. For me, semua tu dah jadi sampah. You can go and bring together all your useless words. Okey, fine, sekarang aku gila benci tahap cipan dekat mamat nie. Yes, even aku kena sedar diri yang dia bukan siapa-siapa lagi dalam life aku. Ahaha, okey fyfah. Gila kau datang balik. Please fyfah, forget about him. All about him, from the beginning you know him until now. Please fyfah, forget him. Im begging you.

Dah la. Tak perlu dikenangkan lagi benda yang dah berlalu. So, start from now please mulakan hidup baru.

Doa aku untuk birthday aku kali nie........

-semoga aku jadi manusia yang tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah swt. (harap sangat aku dapat hadapi dengan tenang.)
-semoga aku menjadi anak yang solehah, tak lupa jasa parents aku and aku harap aku boleh balas jasa dieorang once aku jadi someone nanti. Insya-allah.
-semoga Allah pelihara kami sekeluarga (especially parents aku, wan, adik-adik, kaum keluarga and tak lupa sahabat yang setia dengan aku sepanjang perjuangan aku.) dari segala fitnah, benda-benda yang tak baik. Dipelihara iman dan taqwa.
-semoga segala perkara kebaikan dipermudahkan dunia akhirat.
-semoga aku jadi seorang hamba yang menjalankan kewajipan sebagai seorang hamba kepada Allah swt, tak mudah lalai dengan nikmat duniawi.
-semoga segala ilmu yang aku peroleh dapat aku manfaatkan sepanjang hidupku, kejayaan adalah milik kami adik-beradik, dipermudah urusan ketika menghadapi peperiksaan, dapat jawab dengan tenang and dapat result yang terbaik antara yang terbaik..

*last but not least, doa aku untuk fasa hidup aku yang seterusnya - mudah-mudahan aku dipertemukan dengan insan yang bergelar lelaki and suami yang terbaik. Yang mampu bimbing aku ke syurga yang kekal abadi. Insya-allah..

~AMIN YA RABBAL ALAMIN~

Monday, December 6, 2010

Love Ends Here

Ok, my hands shaking to write a new post. Tak tahu aku sepatutnya tulis atau tidak. And aku tak tahu betul ke tak ape yang aku buat. Whatever it is, mabruk to one of my friends yang dah pun melangkah ke salah satu fasa baru dalam life dia. Tahniah aku ucapkan. Please Ya Allah, aku mohon kekuatan untuk tulis post kali nie. Ya Allah, aku mohon.


Hurm, aku kecewa lagi kali. Kecewa yang teramat sangat. Ya Allah, andai ini takdir yang Engkau telah tetapkan untuk aku, aku mohon semoga segala yang Engkau aturkan ada hikmahnya. Buat dia, penantian yang sangat berbaloi. Tahniah sekali lagi. Seriously, aku speechless. Entah. Ya Allah, aku betul-betul mohon kekuatan. Kali nie aku memang lemah. Kali nie aku memang tak kuat. Tolong Ya Allah.

Khas untuk dia...

Kalau terbaca post saya kali nie and terasa diri awak adalah orang yang saya maksudkan. Pertama sekali, tahniah awak atas pertunangan awak dengan si dia. Korang sangat sepadan. Tahniah sekali lagi awak.

Seriously, saya tak tahu nak kata apa-apa. Saya tak tahu nak tulis apa. Otak saya kosong. Tapi saya gagahkan diri untuk ucapkan tahniah. So, entah. Mungkin memang Allah dah takdirkan hubungan kita memang terbatas hanya sebagai sahabat. Noktah. Tak lebih dan tak kurang.

And banyak memories saya dengan awak yang dulu akan tetap saya ingat sampai mati. Insya-allah. And saya still remember last kita jumpa time saya tengah study week. Hurm, petanda kali terakhir kita keluar sebagai sahabat. Maybe. Entah la. Saya tak mampu and tak kuat untuk berdepan dengan awak. Untuk jumpa dengan awak. Face to face. Maaf, hanya itu perkataan yang mampu keluar buat masa nie. Itu sahaja.

Tapi, ada perkara yang betul-betul buat saya kecewa. Saya tak tahu. Atau mungkin hanya saya seorang yang berharap. Tapi, Ya Allah. Yes, saya still berharap pada hubungan nie. Tapi, ia berakhir macam tu sahaja. Once saya tengok profile picture awak, Ya Allah, kenapa awak tak cakap apa-apa langsung? Kenapa awak biarkan sampai saya tahu sendiri tentang hal nie. Kenapa awak tak jelaskan? Kenapa wak? Kenapa awak buat saya macam nie? Awak tahu tak hati saya? Kenapa hari nie baru saya tahu? Kenapa?

Kenapa awak still tanya status saya padahal awak tahu kedudukan sebenar awak? And hari nie, waktu nie and saat nie saya rasa hubungan kita sebagai sahabat juga berkhir. Saya tak tahu sama ada keputusan saya nie betul atau tergesa-gesa. Anggap lah kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Anggap yang kita tak pernah bertegur. Entah la. Awak tak perlu la nak ucap or wish birthday saya. Saya rasa tak perlu. Lupakan segala niat awak and saya berterima kasih atas budi baik awak. Lupakan saya and saya akan lupakan awak. Terima kasih sebab pernah jadi sahabat and someone dalam life saya. Terima kasih wak sebab buka mata saya apa erti sahabat yang sebenar.

Thanks once again...



Thank to my sis, kak norbadiah. Saya pegang kata-kata sis nie.

"Bila awak akan meninggalkan saya..bilang tarikhnya..agar saya lebih bersedia dan tidak menjadi gila kerana awk’

tapi.saya fikir..kerana cinta itu maknanya anugerah..maka biarlah saya begini..mencintai awak secara sederhana..kalau awak bahagia tanpa saya..saya harus berbahagia untuk awak..

Wednesday, December 1, 2010

Countdown



Hurm, countdown. Countdown apakah?? Haha, apa lagi kalau bukan countdown result final exam. Tinggal lagi 8 hari sebelum 10 hb dec coz hari dah 2 hb dec. Huaaaa..... seriously, im really afraid. Ya Allah, takutnya. Tak tahu dah nak buat apa and nak kata apa melainkan berdoa, berdoa, berdoa, bertawakal and berserah. Oh, lupa. Solat hajat. Haha.


Tak tahulah. Rasanya macam aku banyak sangat main-main this sem. Belajar tak seberapa. Tak tahulah kan sebab itu yang aku rasa. Yang orang lain rasa and nampak, allahu'alam. Dah tak tentu arah dah hidup aku. Hopefully dapat flying color. Even tak sebagus mana, tapi yelah harapan kan. Semua orang berdoa and berharap benda yang bagus and terbaik. Yes, aku tahu Allah dengar setiap doa hambanya. Setiap masa, jangankan hanya dalam solat je kita berdoa but everytime, everywhere. Jangan lupa kan dia. (yes, aku tahu aku khilaf. Selalu alpa and leka dengan duniawi. Kadang-kadang sampai lupa Dia.) Tapi tula dia manusia. Kalau nak something baru lah teringat kat Dia. Barulah nak sering berdoa, solat. If not, jangan harap la. (Peringatan nie untuk aku la juga.) Tapi, tula. Allah itu Maha Pengampun and Maha Penyayang. Sentiasa mendengar soa hamba-Nya yang ikhlas dalam mengingatinya.

"Ya Allah ya rahman ya rahim. Hanya padaMu aku bermohon, aku berdoa. Aku mohon ya Allah. Berikanlah kejayaan kepadaku and adikku. Berkatilah setiap ilmu yang Kau beri, dan manfaatkanlah ia. Ya Allah, berikanlah aku and adikku kejayaan yang terbaik diantara yang terbaik. Aku mohon ya Allah dengan serendah-rendah martabat aku sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini. Begitu juga sahabat yang lain. Berikanlah kami restu kejayaan. Berikanlah kami kecemerlangan dalam final exam yang lepas. Daku mohon ya Allah. Amin ya Rabbal'alamin."

Aku buat semua nie pon sebab parents. Apa lagi yang mampu untuk aku bagi dekat dieorang buat masa sekarang kalau bukan kejayaan aku. Itu je yang termampu. Nak bagi duit, duit nak makan pun kadang-kadang tak mampu. Nie jelah, especially for my abah yang nak tengok in the future aku jadi lawyer. For umi, i dont to see again her tears. Kalau boleh aku nak tengok umi duduk dekat rumah, tak perlu lagi nak kerja.

Mudah-mudahan segala usaha berbaloi. May Allah grant all of my never ending prayers for this coming december 10th after gallons of sweats and tears. Amin.



Monday, November 29, 2010

Once Again



Once again kiteorang berkumpul lagi. Tapi tempat specia sikit la. Dekat rumah bunge. Almaklum, abang dia kahwin. So, congrate la to his bro. And also thanks to bunge coz sudi invite kiteorang. Owh, tak lupa juga kepada sahabat sejati ku udyn, sebab sudi bawa kami naik kereta awak. Haha.

So, nie kira gathering kecil-kecilan kiteorg la. Ada yang dah lama gila tak jumpa. Macam fiqa, ira and diah. Susah kan nk jumpa especially dieorg yang tinggal luar dari KL. Last jumpa pun last two years if im not mistaked. Itu pun ada yang boleh datang and ada yang tak. so tak dapat la nak jumpa semua orang in the same time.




~nana,fiqa, me,diah,ayu wahid,ira n ayu hasan~

Then, apa lagi. Bila dah jumpe sume dah macam burung tercabut ekor. Tak berhenti-henti gelak plus dah macam orang gila hilang anak. Serious, dah macam that event kiteorang punya events. Sorry dear bunge, kiteorang tak sengaja. Biasalah kan. So, apa lagi. Once dah jumpa berpeluk-pelukan, bercium-cium (girls only, boys sorry not allowed) and bermacam adegan yang lucah walaupun tak berapa nak lucah la kan. Haha.

After makan pun still juga bercakap pot pet pot pet. And also, standard question, bila pula you nak kahwin? you nak tunang jangan lupa jemput. Wah, gila kau. calon pun tak de. So, on that days, every body especially girls, you all so beautiful and sweet dear.

Girls pun ramai yang balik awal. dah aku and nana menumpang udyn, so jangan buat-buat tak reti untuk balik lambat. Haha. Okey, fine. Kiteorang tunggu. If not, kiteorang nak balik naik apa. Wahaha. So, sempat la snap 2 or 3 pictures of pelamin, even after majlis dah habis. Tula, tadi tak nak ambil. Orang dah tutup kedai baru nak ambil gambar. Its so nice and hope my future weeding also been like this too. (Okey jangan nak pasang angan-angan yang tinggi, sedar diri sikit.)
nice one

couple kew?

Kengkawan yang datang

So, once again thanks to ebal yang sudi jemput, udyn yang sudi bawak aku and nana and also all friends yang datang. And sorry if ada gambar korang yang tak de.

Saturday, November 27, 2010

Cinta Sempurna

Hurm, cinta sempurna?? Apa yang terlintas kat mind korang bila sebut pasal cinta sempurna?? Aku pun tak tahu sebenarnya. Haha. Almaklumlah, bercinta pun sekali je kan. Itu pun time zaman-zaman jahiliyyah dulu, zaman sekolah. Means, puppy love la. Wah, time sekolah dulu memang gila cover ini cinta terhalang. Haha, yela. aku kan sekolah agama (okey, aku tahu aku tak macam budak sekolah agama), nak mampos bercinta kat sekolah.


Haha, tapi, biasalah tak pernah insaf. Uish, batas jaga beb. Tapi, sendiri mau ingat la kan of course berdosa. Hurm, so sekarang aku single. Siapa nak masuk line hah tunggu-tunggu la dulu. Sekarang not the suitable time for couple and love, sorry dear. So, siap kena panggil la dengan pengetua and semua cikgu-cikgu. Fine, ini memang bapak giler malu. Tapi, bangga juga la sebab aku tak pernah langsung buat hal kat sekolah, alih-alih time Form 5 nie la aku kena. Haha, nak tunjuk senior la kononnye. Hurm, tapi yang aku still benggang tu ada yang couple tak kena panggil pula. Hah, yang nie memang sah la kot baik dengan cikgu. Haha. Memang shit gila. And aku down gila kot time tu. Lagi 1 weeks if im not mistaked, trial SPM. Hambik, sendiri buat sendiri tanggung. Sendiri mau ingat la bro. Okey, cerita lama tamat kat situ and aku dah clash pun dengan mamat tu but we still contact la atas dasar kawan. Jadi musuh pun susah pula nanti.

Tapi, itu ke erti sebenar cinta sempurna?? Entah, aku sendiri pon tak dapat nak mentafsir. Or cinta sempurna itu akan hadir lepas kahwin, means bercinta lepas kahwin laa. Hurm, entah. Jawapan yang kabur. Haha.

Ataupun cinta sempurna itu akan lahir bila setiap pasangan itu ada kekurangan dan kelemahan masing-masing and bersatu untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Saling menyanyangi dengan ikhlas, saling bantu membantu, saling memahami and try untuk terima perangai partner kita even kita menyampah gila atau pun tak suka and meluat. Begitukah baru dikatakan sebagai cinta sempurna? Masing-masing ada pendapat masing-masing untuk mengolah sendiri maksud cinta sempurna. Terpulang pada individu.

But, dalam mencari the perfect love kita iaitu cinta sesama insan jangan la kita nie lupa untuk try our best untuk menyempurnakan cinta kita terhadap Yang Maha Satu. Hurm, almaklum sibuk sangat dengan cinta duniawi sampai lupa cinta ukhrawi. So, hopefully aku pun dapat lah menyeimbangkan cinta kepada insan (tak kira la pakwe ke, parents ke, even kengkawan..) and cinta kepada Rabul Izzati. Insya-Allah.

Friday, November 26, 2010

Aktiviti Hidup..

Hari nie dah nak dekat one months juga la aku cuti sem. Wah, gile lama. Wah, gile bosan juga. Apa boleh buat. Dah nasib badan. Tula, umi dah kata suruh cari kerja. Sekarang, stay jela kat rumah.


Bangun subuh pukul 6.30am - kadang-kadang ada juga yang missed. Haha. Biasalah, manusia kan? Bukan subuh gajah dah, tapi subuh dinasour.

Lepas subuh tidur balik. Bangun? Erm, malu la pula nak cakap. Sorry to say, aku bangun paling awal pun pukul 9am, itu pun kalau aku nak keluar la. If not dalam pukul 11 macam - Fine, kantoikan diri sendiri.

Lepas je bangun tidur, kemas rumah; sapu rumah, mop lantai and etc. Dengar je azan zuhur baru la pergi mandi, makan (sometimes it will be late, diet la kunun) and solat.

Then, macam biasa la kan, on9 until one stage aku rasa bored sampai nak vomit pun ada. Wah, gila la nyah. Sampai nak muntah. Asal on9 je buka FB. :) Tak pun layan muvie, main game....

Hah, memang best la hidup macam aku nie. Sampai malam dok ngadap laptop. Just take a break untuk solat, makan and mandi. Cayalah, memang aku tabik spring la. Sampai umi and abah kata, tak reti2 nak stop ngadap laptop tu ke? Karang aku humban tiga2 laptop nie. Fuh, just because of aku takut laptop kesayangan aku nie dihumban (but, for sure la my parents takkan buat. Hehe.) buat-buat la kerja lain. Tengok tv ke, sapu-sapu rumah sikit. Bak kata org, ambil hati la sikit. Hihi.......

Wednesday, November 24, 2010

Aku Hanya Wanita Biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..


Terimakasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Karenanya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..


Kepadamu yang akan memilihku kelak..


Aku tak sebijak bunda khadijah, karenanya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, karena bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..


Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin karena aku begitu sibuk berjibaku di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sehat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku terkantuk kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang rewel, dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatanku..


Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..


Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkontrol, bukan karena ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga butuh tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku butuhkan hanya pelukan dan belaianmu.. Karena bagiku kau adalah tetesan embun yang mampu memadamkan segala resahku..


Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..


Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..


Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.


Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..


Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, yaitu rasa cintaku padamu..


Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, menit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku karena aku bukan putri.. Aku hanya wanita biasa..



Monday, November 22, 2010

Perjuangang bermula!!!

Haha, Good Luck to all SPM candidates

- Atiey (sedare)
-Ashraf (sedare)
-Zahid (jiran)

so, best of luck. Semoga dipermudahkan segala urusan menjawab and dpt flying colors in your result.

Download..


Ok, sekarang kerja part time aku untuk cuti sem kali nie adalah download video korea. Huh? Video korean? Hurm, ini semua boleh salahkan Aimi Khalidah(okey mie, nama kau aku siap type penuh. Haha.) sebab dia yang menyebabkan aku jadi begini. Jadi apa? Jadi addict terhadap korea. Haha.

Aku punya memory laptop daripada 100 lebih GB, tggl 1 point somenthing GB and aku tak tahu video apa yang aku download sampai laptop aku tinggal sikit je memory dia. Haha, okey fine aku memang gila korea sekarang. Buat masa sekarang la kan. Tak tahu la esok lusa aku gila apa pula. Haha.


Big Bang

SS501

Thursday, November 18, 2010

nikah gantung or khitbah...


Okey, tengah boring tak tahu nak buat apa, so aku post benda nie.....Baca jangan tak baca pula.

Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.

Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

* Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin

* Memberi insentif sebagai galakan berkahwin

* Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan

* Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma

* Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan

* Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan

* Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

* Suami

* Isteri

* Wali

* Saksi

* Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

* Masih menuntut di kolej atau universiti

* Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah

* Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Penerimaan Masyarakat

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.

Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.

Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.

b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

Wednesday, November 17, 2010

Karok Tyme Bersame...

Ok, fine. Aku memang tengah bohsan gila tahap gaban sekarang and aku tak tahu nak buat apa dah sekarang. Kerja aku untuk cuti sem kali nie adalah tidur, online, makan, solat, tengok tv (of course la cerita aku 'Asmara'. Love you dear.). Apa lagi yep aku nak buat. Nak keluar memang sah-sah la tak kan. Oh, satu lagi kerja aku yang memang favourate, hihi. Download video korean. For sure aku addicted dengan korea boy band. Laptop pun dah berat dengan video korea yang bertimbun-timbun. Lepas nie boleh la buka bisnes jual video. Ahaha, memang tak de kerja plus tak de duit.

Last week aku, zira (makcik, jangan marah zira pergi karok. Die nak test suara.) and ayu pergi meronggeng dekat Parkson. Apa lagi kalau bukan berkaraoke. Pagi tu, kiteorang pergi hantar Lyana balik naik KTM dulu coz dia nak pergi rumah cik nab, esoknya baru flight dia balik sabah.

Without further delay, kitaorang dengan sepantas kilat pergi lah melalak entah berapa lagi. Mula-mula (kununnye la), nak karok sejam je sebab memang gian gila nak karok, nak released tension final exam hari tu. Fuh, dah la berlakunya incident yang memalukan. Haha, aku la leadnya. Tima naik escalator tu serious aku tak berapa nak perasan yang aku naik wrong way. Bapak ar. Patut la ada orang tegur kiteorang, 'Kak, wrong way la, naik kat sebelah sana.' Ok, now baru aku realised. Kiteorang pun apa lagi, bantai la tergelak. Berguling-guling aku gelak.

Tu dah satu hal, lagi satu lawak tak boleh bla, time masuk tempat karok tu orang kat sini dok pandang semacam kat kiteorang. Ape ingat kiteorang tak leh nyanyi ke?? Huh, tengok orang la. Haha. So, memang heavan la dok melalak dalam bilik karok tu. Dah penat melalak melolong time untuk makan. So, guys, hopefully kita dapat keluar ramai-ramai sama macam kat kedah dulu. Karok sama-sama, main bowling, tengok wayang... hurm, seriously, im miss that moment so much..

~LUV ALL OF YOU GUYZ~


Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha


Assalamualaikum.....

Saya Nurafifah Safirah dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana sahaja. Kepada keluarga tercinta yang berada di Seremban, Negeri Sembilan, sanak saudara yang berada di Johor, Melaka, KL dan Negeri Sembilan. Tidak dilupakan juga warga SRIAS, SMADKLANA, SMASKP dan UiTM, Shah Alam. Begitu juga buat sahabat perjuangan dan para pendidik. Akhirul kalam, buat si dia(acewah, padahal tak de sape-sape pun..buat gempak je lebih..)

Salam Aidiladha...


Ki3. Begitulah ucapan ringkas daripada aku. Haha. Dah macam study kat oversea. Padahal.... Okey, raya kali nie agak bohsan juga la coz tak balik kampung pun. Raya kat rumah den yang tercinta nie aje hah. Lagipun, wan pun masuk hospital last week, so memang tak boleh nak buat apa la kan. No mantai, no lemang, no rendang and bla bla bla. Huuuuaaaaaaaa..... Den nak nangis la pula.

Walauapapun, hopefully wan kat hospital cepat sembuh. Chayok2x!! Den sayang wan. Ki3...

Im Free........

Now, I'm free like a bird. Ki3. Setelah lebih 3 minggu final exam, sekarang time to rileks. Hehe. Even dapat rileks pun, result belum dapat lagi. Fuh, itu memang nyawa di hujung tanduk la tu bila dapat tahu result nak keluar.


And cuti aku diz sem tersangat lah bohsan. Waaaaaaa, nak nangis wo sebab tak de duit nak keluar. Ada sape2 yang berhajat untuk support aku tak time cuti sem nie? Almaklum la, tengah kekeringan fulus. Hehe. jadi, secara kesimpulannya dapat lah disimpulkan bahawa cuti sem kali nie aku tak dapat nak pergi mane2 melainkan aku kerja.

Monday, June 14, 2010

Result?? Amacam?

Result..result..result..


Amacam result? Dah la aku sakit jiwa buka student portal. Ya Allah, dari pukul 12pm (10 Jun) aku tunggu sampai la ke malam, still tak dapat buka. Sakit betul jiwa. Tangan aku pun sakit juga la sebab asyik tekan butang refresh je. Macam nak tercabut pun ada juga jari nie.

Dah sakit jiwa sangat, aku dengan kawan-kawan aku keluar malam tu. Yang buat gila kitaorang pergi Melaka malam tu. Bapak lak ai. Dengan minyak yang cukup-cukup kami meneruskan destinasi ke Melaka semata-mata untuk mencari satay. Ahahaha. Lawak la pula. Hambik kau. Balik Seremban pukul 5am (11Jun). Release tension tu memang release la tapi aleh-aleh kena marah dengan umi. Hambik kau.

Kawan aku, mak dia sampai talifon berkali-kali. Aku pun dah naik cuak juga la. Maun aku tak cuak, dengan minyak macam sekali berhenti tepi jalan, siapa nak jawab? Aku memang dah fikir benda yang bukan-bukan dah malam tu.

Mati la aku kalau result tak elok. Dah la keluar malam-malam plus pula kalau check result tak memberansangkan. Haduh, memang two in one la aku kena.

Haha. Tapi, nasib aku baik. Hihi. Allah still sayang aku nie. Alhamdulillah. Usaha yang tak sia-sia. Walaupun bukan dean's list tapi tak pe la. Sem 2 nie boleh buat yang terbaik. Yang penting jangan putus asa. Teruskan berusaha. Acewah. Ayat cantik je. So, guys. Aku ucapkan congratulation to all of you yang dapat result baik, especially yang dapat dean's list. Yang tak dapat, kita usaha sama-sama ok?

To umi, abah, family and all my friends, aku ucapkan terima kasih di atas sokongan dan doa kalian. selamat maju jaya untuk korang juga...

Tuesday, June 8, 2010

Percaya atau tak???


Itulah persoalan yang bermain-main dalam kepala otak aku sekarang. Entah. Sama ada nak percaya dia atau tak? Ish, tak tahu la macam mana nak den kobar an (tiba-tiba cakap loghat negeri). Ish, memang susah la nak percaya sebenarnya.

Setiap apa yang dilontarkan, kalau orang senang percaya, memang 100% akan percaya la. Memang 100% cair punya. Haha.

Okey, sebenarnya ceritanya macam nie. Setelah beberapa ketika aku perhatikan this guy, aku rasa macam dia tak jujur dengan aku. Seriously. Kalau tengok muka dia beb, memang korang cair la. Baby face kot, jambu. Haha, jahatnya aku.

Aku nie jenis yang akan siasat habis-habisan la kan. Kalau boleh pasang spy, memang aku pasang. Tapi, tu la.

Bila aku selidik, siasat, hurm memang tak bolah nak cakap apa la kan. Ntah la. Pening pula aku fikirkan. Perasaan nie susah untuk diduga. Susah untuk diucapkan, diungkap dengan kata-kata. Memang takkan terluah pun (acewah, bermadah pujangga pula malam-malam buta nie).

Beb, tak terlintas pun di hati nie nak burukkan mana-mana pihak. Tapi, bagi aku sekarang aku rasa better kita kawan la dulu. Mungkin dari situ, kita dapat lihat diri kita yang sebenarnya, kita dapat nilai diri kita yang sebenarnya. Siapa kita? Layak ke kita untuk pasangan kita? Haha. Jiwang dah nie.

Aku sebenarnya (dari tadi aku cakap perkataan nie..sebenarnya..) takut dah nak bercintan cintun nie. Tak tahu la kenapa. tapi, itulah aku. Aku susah dah nak percaya kat lelaki sekarang nie.

Maafkan aku................acewah....

Sunday, June 6, 2010

I found u....

Hurm........weird.....


Haha. Benda yang pelik berlaku semalam. Let's me story bout it. Okey, at first aku buka la profile kawan baik aku nih. Then, dah buka profile orang of coz la nak jadi stalker an? Tipu la kalau tak nak godeh-godeh pic org. After that, aku belek-belek la pic tu satu persatu. Yang buat aku terkejut, aku jumpa kawan lama aku daaa....

Aku pun apa lagi tanpa membuang masa terus la mencari FB beliau and gue ketemu (apsal aku tiba-tiba cakap indon plak). Aku pun add la beliau tanpa memandang kiri dan kanan. Buat apa nak pandang, bukan aku lintas jalan pun. Haha. Tengah malam itu, aku dikejutkan dengan berita bahawa beliau telah mengapprove aku. Wah, gembira bukan kepalang (teror jugak bahasa melayu aku).

Pastu, kami pun berchat la di FB. Haha. Yang buat aku gile is dia still remember kereta apa aku naik time skul rendah dulu and what color it is? Wow, amazing. Daya ingatan yang kuat. Makan kismis banyak kot. Haha.

But i'm happy of itcoz dapat jumpa my old friend yang dah lama tak jumpa.

p/s: Thanks haris. Haha. And thanks again coz bagitahu aku rahsia yang kau simpan berkurun lama tu. I'm really appreciated of it. Thanks my dear.

Saturday, June 5, 2010

Kahwen???



Hihi...

Siapakah yang nak kahwin tu?? Aku?? Haha. Bukan lah. Post kali nie aku nak cerita la an pengalaman aku buat rewang kat rumah kawan aku. Tolong la mana yang patut, mana yang mampu. Kak Ida yang kahwin. So, Kak Ida, Selamat Pengantin Baru saya ucapkan. Semoga berbahagia sehingga akhir hayat. Acewah. Hihi.

Aku pergi rumah fiqa pun dengan ayu. Thanks ayu sebab ajak aku. Haha. Aimi tak dapat pergi coz balik Shah Alam (kan mie ko balik Shah Alam?? Haha.. ). Lama la juga aku dengan ayu bermaustatin. Jadi musafir jap. Haha (adala dalam 3 hari 2 malam. Siap book hotel nie kat rumah fiqa. Haha. Jgn marah fiqa).

Kitaorang bertolak khamis ptg, dalam pukul 2.30 mcm tu bas kitaorang. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam stgh. (Fiqa penipu. Kunun 2 jam stgh. Tgk2 tambah sejam. Sakit punggung aku nie duduk dalam bas lama-lama. Almaklum, dah lama tak naik bus jln jauh. Haha). Kitaorang sampai dlm pukul 6 stgh mcm tu. Kak Ida jemput. Maun tak aku mati terkejut si fiqa dtg dr belakang. Wah, apa lagi. Kami pun melepaskan rindu yg tiada batas. Haha. Poyo. Giler berfalsafah.

Then, sampai rumah fiqa, solat, tukar baju, makan sat (perut aku dah lapar time tu. Berkeroncong lagu zapin. Kata pergi Johor, of coz la dgr lagu zapin. Hihi). Malam tu, kami memulakan operasi gotong-royong. Siapkan souvenier kat dalam paper bag, kilatkan telur pindang (Nak tahu apa itu telur pindang, click here http://telur-pindangjohor.blogspot.com/). Telur pindang nie salah satu warisan Johor. (Aku tahu la sebab aku pernah duduk Johor. Abah aku orang Johor).

Biasalah kan. Packing gula0gula untuk budak-budak. Buat tu memang tak letih. Yang buat letih is benda tu byk and nak kena stepler. Hambik kau. Dah lama tak rewang. Padan muka aku. Haha. Tapi, best coz it was a great experience.

So, the next day is hari angkat nikah (Bila aku tgk aku pun rasa cam nak menikah juga. Haha). Best. Tgk live tu. Ada si fiqa pun nangis. Macam dia pula yg menikah (Tapi, mmg patut la sebab akak die kahwin). Syabas fiqa coz mampu mengalirkan air mati. Hihi.

Akad Nikah dekat surau..

Lepas akad nikah. Dah halal dah..

So, petang tu ada majlis khatam al-quran. Fuh, gile meriah. Tapi, aku dah tak larat. Penat betul. Sampai tertidur la. Sempat tu. Haha. Muka dah x boleh nak tahan. Mata pula, tak yah cakap la kan. Hihi.

Tyme Majlis Khatam Quran..

Pelamin tersegam indah. Buat sendiri tuh.



Malam jumaat tu dah x de nak buat apa sgt. Biasalah. Kemas rumah. Siapkan pelamin and hantaran mana yg tak siap. Aku pun tidur awal la kan malam tu. Almaklum, esok nak bersanding (Haha. Aku lak yg kobar-kobar.)

So, hari yang dinanti-nanti pun tiba. Hari bersanding. Kak Ida cantik. Kebaya moden warna putih. Wah, putih salju. But all the family pakai warna color hijau. Hihi. Aku and ayu jadi orang yg tolong bagi cenderahati. Pagi tu, biasalah kan. Potong buah, agar-agar. Hihi. Memang kerja yang paling aku suka.

Petang tu dah kena balik coz bus kiteorang tersilap ambil. Kitaorang ingat bersanding pukul 12.30ptg. Rupanya lepas zuhur. Nasib sempat. Haha. Pengalaman best sebab ada tol2 before pengantin lelaki dapat masuk. Hihi. Lawaknya. Siap main balas2 pantun. Memang have fun dekat sana. Thanks Fiqa sebab layan kitaoraang. Rindu kau selalu.

The end......