Hurm, cinta sempurna?? Apa yang terlintas kat mind korang bila sebut pasal cinta sempurna?? Aku pun tak tahu sebenarnya. Haha. Almaklumlah, bercinta pun sekali je kan. Itu pun time zaman-zaman jahiliyyah dulu, zaman sekolah. Means, puppy love la. Wah, time sekolah dulu memang gila cover ini cinta terhalang. Haha, yela. aku kan sekolah agama (okey, aku tahu aku tak macam budak sekolah agama), nak mampos bercinta kat sekolah.
Haha, tapi, biasalah tak pernah insaf. Uish, batas jaga beb. Tapi, sendiri mau ingat la kan of course berdosa. Hurm, so sekarang aku single. Siapa nak masuk line hah tunggu-tunggu la dulu. Sekarang not the suitable time for couple and love, sorry dear. So, siap kena panggil la dengan pengetua and semua cikgu-cikgu. Fine, ini memang bapak giler malu. Tapi, bangga juga la sebab aku tak pernah langsung buat hal kat sekolah, alih-alih time Form 5 nie la aku kena. Haha, nak tunjuk senior la kononnye. Hurm, tapi yang aku still benggang tu ada yang couple tak kena panggil pula. Hah, yang nie memang sah la kot baik dengan cikgu. Haha. Memang shit gila. And aku down gila kot time tu. Lagi 1 weeks if im not mistaked, trial SPM. Hambik, sendiri buat sendiri tanggung. Sendiri mau ingat la bro. Okey, cerita lama tamat kat situ and aku dah clash pun dengan mamat tu but we still contact la atas dasar kawan. Jadi musuh pun susah pula nanti.
Tapi, itu ke erti sebenar cinta sempurna?? Entah, aku sendiri pon tak dapat nak mentafsir. Or cinta sempurna itu akan hadir lepas kahwin, means bercinta lepas kahwin laa. Hurm, entah. Jawapan yang kabur. Haha.
Ataupun cinta sempurna itu akan lahir bila setiap pasangan itu ada kekurangan dan kelemahan masing-masing and bersatu untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Saling menyanyangi dengan ikhlas, saling bantu membantu, saling memahami and try untuk terima perangai partner kita even kita menyampah gila atau pun tak suka and meluat. Begitukah baru dikatakan sebagai cinta sempurna? Masing-masing ada pendapat masing-masing untuk mengolah sendiri maksud cinta sempurna. Terpulang pada individu.
But, dalam mencari the perfect love kita iaitu cinta sesama insan jangan la kita nie lupa untuk try our best untuk menyempurnakan cinta kita terhadap Yang Maha Satu. Hurm, almaklum sibuk sangat dengan cinta duniawi sampai lupa cinta ukhrawi. So, hopefully aku pun dapat lah menyeimbangkan cinta kepada insan (tak kira la pakwe ke, parents ke, even kengkawan..) and cinta kepada Rabul Izzati. Insya-Allah.
0 comments:
Post a Comment