BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 15, 2010

Be Strong dear...

Once again, i wanted to say to myself, 'Fyfah dear, please be strong. Please fyfah. Only for this times.' Fine, after this tak ada lagi massage dari dia, call dari dia, comments dekat FB either aku punya or dia.


Before aku tutup panggilan percuma yang aku dapat for my birthday (haha, gila lawak ayat BM aku), aku ingat dapat la aku call dia for the last time. But, ok. He dont wanted to pick it up. Fine. Aku bukan nak cerita hal peribadi aku dekat blog, but for me this is the best place untuk aku luahkan everything. Its not means i dont have anybody untuk aku cerita. Ada tu memang ada, tapi entah. Kira blog nie tempat kedua untuk aku luahkan after aku bercerita dengan Allah.

So, start dari semalam aku try to call and ada la juga hantar massage dekat phone dia. So impress because dia reply. Haha, aku hantar massage pun just untuk informed dia yang aku ada hantar massage dekat inbox FB dia. Aku pun tak tahu either apa yang aku buat nie betul atau tak. Bukan bermaksud aku desperated sangat nak hantar tapi untuk bagitahu dia apa yang aku rasa.

So, dalam massage aku kat inbox dia tu aku just cakap yang i cant be anybody dalam life dia after this even as a friends. Rasa macam dah tak boleh nak face to face dengan dia langsung. Aku pun tak tahu la nak describe kan macam mana. yes, aku admitted yang pada dasarnya aku happy once aku dapat tahu yang dia and _____ nak t_ _ _ _g. Ok, fine. Tapi, cara aku dapat tahu tu seriously aku kecewa. Aku bukan nak marah pun. If betul dia ikhlas nak kawan dengan aku, why not dia cakap. Bukan nya susah sangat nak cakap.

Yep, aku tahu maybe bagi dia, he needs kekuatan untuk bagitahu perkara yang sebenar. Tapi, at least even aku kecewa tapi aku tak ada la rasa sakit sangat macam nie. Aku bukan nak salahkan dia 100%, and maybe aku pun ada buat silap. Ok, aku mengaku. Ada silap aku yang aku tak perasan. Tapi, once again aku rasa agak terasa la dengan apa yang dia buat kali nie. And this things aku akan ingat sampai mati. As what yang dia pernah cakap dulu dekat aku and aku still ingat sampai sekarang, peluang yang diberi tak mungkin akan berulang. Thus, for this time aku pulangkan balik kata-kata yang dia pernah 'pinjamkan' untuk aku.

Bukan bermaksud aku nak putuskan tali ukhwah or whatsoever, tapi cukuplah untuk kali nie. Sorry, i cant be what you want me to be. And aku pun tak faham apa yang dia maksudkan yang dia fail dalam hal between dia and aku. Dah cukup critical thinking dah aku malam tadi. Tapi, sampai sekarang still tak dapat apa yang dia cuba sampaikan. Haha. Sudah la fyfah, lupakan je dia. anggap yang dia dah mati. Itu yang terbaik...

Sunday, December 12, 2010

Perpisahan…”Aku tidak boleh lupakan dia”?


Sering kita dengar dan tahu (malah ada yang pernah merasainya) tentang perpisahan. Perpisahan mungkin menyakitkan tapi seperti yang saya telah katakan “BERSABARLAH”..Saya akan cuba rungkaikan tajuk “perpisahan” semampu mungkin..

Erti Cinta~Perpisahan…”Aku tidak boleh lupakan dia”?



Perpisahan memang menyakitkan. Ayat di atas dimaksudkan ketika berlakunya perpisahan di antara pasangan “kekasih” (benarkah?). Tidak kiralah zaman sekolah kah, zaman universiti kah atau di zaman mana-mana sahaja jika kita perhatikan sering berlaku “cinta monyet” yang menyebabkan berlakunya putus asa ke atas seseorang yang di minta putus. Samada sedih atau tidak pasti salah seorang akan terseksa “jiwa dan raga”. Sehingga ada yang kata “Aku tidak boleh lupakan dia” malah ada yang berkata “Aku tidak boleh hidup tanpa dia”.


Seperti nukilan dan garapan bab sebelum ini, ternyata ramai yang hilang kesabaran dan lupa tentang diri bila berlaku perpisahan. Bagi yang meminta putus pula persoalan sering timbul di ruang hati apakah niat sebenar belakunya perpisahan. Adakah kerana timbul kesedaran untuk tidak bercinta sebelum berkahwin, ingin menganiaya, tiada rasa cinta, kecewa dengan sikap si dia dll.


Walau apa jua alasan dan sebab, perpisahan pasti akan berlaku sebenarnya. Bukankah telah dinyatakan oleh firman ALLAH bahawa setiap manusia akan mati. Jadi sebelum memulakan hubungan fikirlah panjang dan sebenar-benar kerana ALLAH adakah kita mampu menghadapi perpisahan samada sementara atau selama-lamanya. Sememangnya sebagai insan yang beriman jangan lah kita terlalu mengharap cinta manusia (terutamanya sebelum bernikah-cukuplah berkenal-kenalan atau taaruf dengan cara sebenar) kerana CINTA manusia tidak kan kekal, hanya CINTA ALLAH akan kekal selama-lamanya.


Fiman Allah subhanallahu Taala


Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Al Anbia’ 35

Harapkan dan berusahalah diserapkan sematkan dalam hati sanubari kita bahawa CINTA ALLAH lah yang terutama bagi diriku. Itulah yang sebenar-benarnya untuk selama-lamanya.


Mengapa berlaku kata-kata yang dimaksudkan tadi “Aku tidak boleh lupakan dia”? Jawapan: Ia berlaku kerana terlalu mengharapkan pada si dia dan cinta dipenuhi dengan cinta si dia bukan CINTA yang benar-benar satu iaitu ALLAH. Bila ini berlaku ramai yang terlupa dan leka untuk kembali kepada diriNya.


Fenomena ini menjadi satu realiti pada masa kini. Lihatlah betapa ramai yang tersesat dan tersimpang jauh dari landasan sebenar iaitu landasan syariah. Malah kita lihat berlakunya kes bunuh diri kerana putus cinta. Astaghfirullah hal azim. Janganlah kita merasa putus asa sehinggakan mengikut telunjuk syaitan tanpa memikirkan rahmat dari ALLAH. Semaikanlah kekuatan dalam dirimu dengan mengingati ALLAH. “Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang”.


Fiman Allah subhanallahu Taala

…..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Yusuf : 87



Sekali lagi, doakanlah kekuatan untuk diri kita sendiri untuk sentiasa bersama rahmat ALLAH dan petunjukNYa. Selalulah mengucap syukur terhadap apa yang berlaku kepada kita. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Carilah hikmah itu sehingga menjumpainya. InsyaAllah kita akan merasa sangat-sangat bersyukur. Thank You ALLAH. Banyak lagi rahsia ALLAH yang kita tidak tahu di muka bumi ini. Kesyukuran yang dipanjatkan pasti disenangi ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai hambaNYA yang taat lagi bersyukur.


Fiman Allah subhanallahu Taala

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).AnNisa’147


Sedarilah, kamu pasti mempunyai kekuatan untuk melupakan dia. Pasti tersembunyi perasaan untuk mendapatkan kekuatan dan semangat yang kuat dalam diri kita. InsyaAllah, selamilah hati anda disertai dengan Iman dan Taqwa kepada ALLAH. Tidak perlu dirisau kerana setiap manusia yang hidup di dunia ini di jadikan berpasang-pasangan. Pasti ada seseorang untuk di jadikan teman hidup. Fitrah manusia untuk ingin mempunyai teman. Sedangkan Adam alaihis salam juga kesunyian dan perlukan seorang teman. Lalu di ambil lambung rusuk kiri nya untuk di jadikan pasangan hidupnya iaitu Hawa.


Cintailah sebenar-benarnya sepenuhnya suami mu atau isterimu,sahabat2mu dan kedua ibubapamu..pimpinlah mereka ke syurga bersama-samamu, Lunaskanlah tanggungjawab dalam hidup berumahtangga,Lunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak,seorang sahabat... Tetapi tetaplah hati mu pada yang SATU iaitu ALLAH subhanallahu Taala. Itulah hak yang sebenarnya. Ketaatan dan ingatanmu di mulakan dengan ingatan niat kerana ALLAH.


Beginilah, definisi perpisahan sebenarnya memberi makna bahawa ia sudah tidak mungkin bersama kita ataupun perpisahan yang InsyaAllah pasti akan berjumpa semula. Bila di amati, setiap insan pasti akan berlakunya perpisahan iaitu perpisahan yang kekal. Sudah pati ia tidak dapat di elak dan di tangguh. Persoalan: Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi perpisahan yang kekal untuk selama-lamanya? Jawapan: Tepuk dada tanya IMAN. Pastikan kamu bersedia. Bagi yang hidup teruskanlah hidupmu dengan mencari keredhaan kepada ALLAH.


Jangan kerana berpisah dengan manusia yang kita sayang sehinggakan kita lupa kepada kasih sayang yang TERUTAMA iaitu ALLAH. ALLAH lebih berhak untuk diingati dan menangislah keranaNYA dan jangan lupakan ALLAH.


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Friday, December 10, 2010

Thanks my Frenz...



Haha, gila cun siot muka aku. Dah macam opera cina. Boleh dah masuk teater nak berlakon sekali dengan dieorang. Haha, nie la dia akibat tak dengar kata ibu bapa. Giler la korang. Plan yang sangat teratur. Siap buat baik dengan adik. Komplot plak dengan mak kau ye nana. Hihi.

First of all, thanks giler-giler tahap cipanzi sebab celebrated birthday aku. Pandai korang ea. Siap bawa pergi jusco la, nak pergi tesco la. Jalan-jalan. Siot, alih-alih aku tertipu. Haha, tapi aku dah agak dah korang nak buat plan main balin-baling tepung nie. Haha. Seriously, aku terharu and appreciated apa yang korang buat. Thanks once again to Nana and Udyn. Korang memang best.

Lepas nie, Palong punya kita buat gempak sikit. Tambah-tambah telor ke, air stoking sikit. Nasib korang tak buat macam tu. Haha. Thanks juga untuk kek yang kiut tu.


\



Wednesday, December 8, 2010

Be Strong dear...

Okey, baru dapat result final exam tadi. Kecewa tu memang dah confirm la kan. Entah la, maybe its true yang aku banyak main. Abah pun terkejut dengar result aku. Aku yang dapat result nih lagi la sedih. Gila kalau tak sedih. Tapi, bersyukur la sebab tak ada yang repeat. Pointer turun sebab ade C. If tak ada C, maybe result boleh naik.


Maybe juga sebab jiwa kacau this sem. Entah, banyak juga ujian before and after final hari tu. Haha (buat-buat gembira..). Serious, hadiah birthday aku this year. Ya Allah, sedihnya aku. Speechless.....

Aish, whatever it is, jangan putus asa and kecewa. Teruskan usaha. And thanks dekat kawan-kawan yang bagi support.

Moral of the story:
-jangan banyak main ye, fifie.....
-study lepas habis lecture. jangan ingat nak main je. Banyak la kan lagi tangguh kerja. Buat note time nak exam, memang tak la...
-banyak-banyak kan sikit doa and buat solat hajat. jangan lupa minta doa and restu dari parents juga....

Tuesday, December 7, 2010

Everything is new...ahaks...

Okey, shocked pasal semalam pun belum reda. And, yep once again aku menangis sebab lelaki. But now, i try to be as strong as i can. Hari nie 8hb and hari kedua tahun baru islam. Of cause not to late for me to wish Salam Maal Hijrah, semoga tahun baru ini memberi seribu keberkatan dalam kita melayari kehidupan dan mudah-mudahan segala amal ibadah kita diterima oleh Allah swt. Insya-Allah, amin.


So, esok aku pula yang akan melangkah ke salah satu fasa baru. Haha, even memang lawak sebab antara kawan-kawan aku, aku nie je yang belum sampai umur 20tahun. Hihi, kira macam awet muda la nie, ala kira pangkat adik la (okey, gila perasan. Boleh bla sekarang..) In a simple words, esok birthday aku. So, happy birthday Fyfah. Haha.

Saja aku post awal-awal. Tengah bosan gila and tak tahu nak buat apa. Supposedly, udyn ajak kelaur malam nie cause dia nak belanja, acewah aku memang suka bila orang nak belanja-belanja nie especially bila nak belanja makan. Haha. Tapi, disebabkan ada hal-hal yang tak dapat dielakkan (tak boleh keluar sebab abah tak bagi and siap kena sound lagi.) tak jadi keluar. Tunda esok, nak pergi joging bagai and etc. Itu pun kalau aku dapat keluar. Kununnya nak pergi celebrate birthday la, so bila dah kena sound tadi rasa gila macam malas. Means merajuk la nak keluar. Tengok la esok macam mana.

And supposedly aku akan celebrate dengan someone. But unfortunately dia tak de kat sini. And aku still remember dia kata nak belanja SR time birthday aku. Memang la aku tak harapkan pun dia nak belanja or even dia nak bagi hadiah. Entah la. Aku betul-betul dah tawar hati dah dekat dia. Bagi aku cukup lah dia ingat birthday even tak wish. At least ada la org yang ingat pada birthday aku yang tak seberapa nie. Speechless.....

Thus, disebabkan hal itu (aku je yang tahu), dia tak wish pun aku tak kisah. Aku tak harap pun. For me, semua tu dah jadi sampah. You can go and bring together all your useless words. Okey, fine, sekarang aku gila benci tahap cipan dekat mamat nie. Yes, even aku kena sedar diri yang dia bukan siapa-siapa lagi dalam life aku. Ahaha, okey fyfah. Gila kau datang balik. Please fyfah, forget about him. All about him, from the beginning you know him until now. Please fyfah, forget him. Im begging you.

Dah la. Tak perlu dikenangkan lagi benda yang dah berlalu. So, start from now please mulakan hidup baru.

Doa aku untuk birthday aku kali nie........

-semoga aku jadi manusia yang tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah swt. (harap sangat aku dapat hadapi dengan tenang.)
-semoga aku menjadi anak yang solehah, tak lupa jasa parents aku and aku harap aku boleh balas jasa dieorang once aku jadi someone nanti. Insya-allah.
-semoga Allah pelihara kami sekeluarga (especially parents aku, wan, adik-adik, kaum keluarga and tak lupa sahabat yang setia dengan aku sepanjang perjuangan aku.) dari segala fitnah, benda-benda yang tak baik. Dipelihara iman dan taqwa.
-semoga segala perkara kebaikan dipermudahkan dunia akhirat.
-semoga aku jadi seorang hamba yang menjalankan kewajipan sebagai seorang hamba kepada Allah swt, tak mudah lalai dengan nikmat duniawi.
-semoga segala ilmu yang aku peroleh dapat aku manfaatkan sepanjang hidupku, kejayaan adalah milik kami adik-beradik, dipermudah urusan ketika menghadapi peperiksaan, dapat jawab dengan tenang and dapat result yang terbaik antara yang terbaik..

*last but not least, doa aku untuk fasa hidup aku yang seterusnya - mudah-mudahan aku dipertemukan dengan insan yang bergelar lelaki and suami yang terbaik. Yang mampu bimbing aku ke syurga yang kekal abadi. Insya-allah..

~AMIN YA RABBAL ALAMIN~

Monday, December 6, 2010

Love Ends Here

Ok, my hands shaking to write a new post. Tak tahu aku sepatutnya tulis atau tidak. And aku tak tahu betul ke tak ape yang aku buat. Whatever it is, mabruk to one of my friends yang dah pun melangkah ke salah satu fasa baru dalam life dia. Tahniah aku ucapkan. Please Ya Allah, aku mohon kekuatan untuk tulis post kali nie. Ya Allah, aku mohon.


Hurm, aku kecewa lagi kali. Kecewa yang teramat sangat. Ya Allah, andai ini takdir yang Engkau telah tetapkan untuk aku, aku mohon semoga segala yang Engkau aturkan ada hikmahnya. Buat dia, penantian yang sangat berbaloi. Tahniah sekali lagi. Seriously, aku speechless. Entah. Ya Allah, aku betul-betul mohon kekuatan. Kali nie aku memang lemah. Kali nie aku memang tak kuat. Tolong Ya Allah.

Khas untuk dia...

Kalau terbaca post saya kali nie and terasa diri awak adalah orang yang saya maksudkan. Pertama sekali, tahniah awak atas pertunangan awak dengan si dia. Korang sangat sepadan. Tahniah sekali lagi awak.

Seriously, saya tak tahu nak kata apa-apa. Saya tak tahu nak tulis apa. Otak saya kosong. Tapi saya gagahkan diri untuk ucapkan tahniah. So, entah. Mungkin memang Allah dah takdirkan hubungan kita memang terbatas hanya sebagai sahabat. Noktah. Tak lebih dan tak kurang.

And banyak memories saya dengan awak yang dulu akan tetap saya ingat sampai mati. Insya-allah. And saya still remember last kita jumpa time saya tengah study week. Hurm, petanda kali terakhir kita keluar sebagai sahabat. Maybe. Entah la. Saya tak mampu and tak kuat untuk berdepan dengan awak. Untuk jumpa dengan awak. Face to face. Maaf, hanya itu perkataan yang mampu keluar buat masa nie. Itu sahaja.

Tapi, ada perkara yang betul-betul buat saya kecewa. Saya tak tahu. Atau mungkin hanya saya seorang yang berharap. Tapi, Ya Allah. Yes, saya still berharap pada hubungan nie. Tapi, ia berakhir macam tu sahaja. Once saya tengok profile picture awak, Ya Allah, kenapa awak tak cakap apa-apa langsung? Kenapa awak biarkan sampai saya tahu sendiri tentang hal nie. Kenapa awak tak jelaskan? Kenapa wak? Kenapa awak buat saya macam nie? Awak tahu tak hati saya? Kenapa hari nie baru saya tahu? Kenapa?

Kenapa awak still tanya status saya padahal awak tahu kedudukan sebenar awak? And hari nie, waktu nie and saat nie saya rasa hubungan kita sebagai sahabat juga berkhir. Saya tak tahu sama ada keputusan saya nie betul atau tergesa-gesa. Anggap lah kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Anggap yang kita tak pernah bertegur. Entah la. Awak tak perlu la nak ucap or wish birthday saya. Saya rasa tak perlu. Lupakan segala niat awak and saya berterima kasih atas budi baik awak. Lupakan saya and saya akan lupakan awak. Terima kasih sebab pernah jadi sahabat and someone dalam life saya. Terima kasih wak sebab buka mata saya apa erti sahabat yang sebenar.

Thanks once again...



Thank to my sis, kak norbadiah. Saya pegang kata-kata sis nie.

"Bila awak akan meninggalkan saya..bilang tarikhnya..agar saya lebih bersedia dan tidak menjadi gila kerana awk’

tapi.saya fikir..kerana cinta itu maknanya anugerah..maka biarlah saya begini..mencintai awak secara sederhana..kalau awak bahagia tanpa saya..saya harus berbahagia untuk awak..

Wednesday, December 1, 2010

Countdown



Hurm, countdown. Countdown apakah?? Haha, apa lagi kalau bukan countdown result final exam. Tinggal lagi 8 hari sebelum 10 hb dec coz hari dah 2 hb dec. Huaaaa..... seriously, im really afraid. Ya Allah, takutnya. Tak tahu dah nak buat apa and nak kata apa melainkan berdoa, berdoa, berdoa, bertawakal and berserah. Oh, lupa. Solat hajat. Haha.


Tak tahulah. Rasanya macam aku banyak sangat main-main this sem. Belajar tak seberapa. Tak tahulah kan sebab itu yang aku rasa. Yang orang lain rasa and nampak, allahu'alam. Dah tak tentu arah dah hidup aku. Hopefully dapat flying color. Even tak sebagus mana, tapi yelah harapan kan. Semua orang berdoa and berharap benda yang bagus and terbaik. Yes, aku tahu Allah dengar setiap doa hambanya. Setiap masa, jangankan hanya dalam solat je kita berdoa but everytime, everywhere. Jangan lupa kan dia. (yes, aku tahu aku khilaf. Selalu alpa and leka dengan duniawi. Kadang-kadang sampai lupa Dia.) Tapi tula dia manusia. Kalau nak something baru lah teringat kat Dia. Barulah nak sering berdoa, solat. If not, jangan harap la. (Peringatan nie untuk aku la juga.) Tapi, tula. Allah itu Maha Pengampun and Maha Penyayang. Sentiasa mendengar soa hamba-Nya yang ikhlas dalam mengingatinya.

"Ya Allah ya rahman ya rahim. Hanya padaMu aku bermohon, aku berdoa. Aku mohon ya Allah. Berikanlah kejayaan kepadaku and adikku. Berkatilah setiap ilmu yang Kau beri, dan manfaatkanlah ia. Ya Allah, berikanlah aku and adikku kejayaan yang terbaik diantara yang terbaik. Aku mohon ya Allah dengan serendah-rendah martabat aku sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini. Begitu juga sahabat yang lain. Berikanlah kami restu kejayaan. Berikanlah kami kecemerlangan dalam final exam yang lepas. Daku mohon ya Allah. Amin ya Rabbal'alamin."

Aku buat semua nie pon sebab parents. Apa lagi yang mampu untuk aku bagi dekat dieorang buat masa sekarang kalau bukan kejayaan aku. Itu je yang termampu. Nak bagi duit, duit nak makan pun kadang-kadang tak mampu. Nie jelah, especially for my abah yang nak tengok in the future aku jadi lawyer. For umi, i dont to see again her tears. Kalau boleh aku nak tengok umi duduk dekat rumah, tak perlu lagi nak kerja.

Mudah-mudahan segala usaha berbaloi. May Allah grant all of my never ending prayers for this coming december 10th after gallons of sweats and tears. Amin.