Assalamualaikum..
Kali nie post yang akan aku tulis formal sikit. :) Walawei, tak tahu kenapa. Whatever it is, cik fyfah, sila teruskan.
Hurm. Dah berhari-hari aku dengar lagu Nota Cinta dari Saujana plus Kebahagiaan Dalam Perpisahan dari Shahir. But, tak ada la pula rasa jemu. Hehe. It's true, guys.
- Nota Cinta dari Saujana.
Lirik lagu nie ada maksud yang betul-betul tersirat. Yup, it's true, lagu nasyid memang sentiasa berkait dengan ketuhanan. But this song is really different. Lirik dia, fuh. Tambah pula muzik yang tak tahu den nak kobar an. Makan dalam if kita dalami betul-betul. Bila nyanyi balik sambil tengok lirik dia terasa kerdil diri nie. Kerdil disisi Allah swt. Betapa banyak dosa yang aku dah buat, yang aku dah lakukan di muka bumi nie pada kekasih kita yang satu ini. Kekasih yang kekal abadi (rasa insaf menyelubungi diri).
Banyak mana pun dosa yang kita lakukan, Allah still sayang pada hamba-hambaNya. Dia still bagi peluang dekat kita untuk bertaubat. Tak pernah langsung ditutup pintu taubat. Malah, terbuka luas untuk hamba-hambaNya. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Benarlah apa yang ditulis oleh penulis lirik ini, 'Andai dapatku menulis, nota-nota cinta buat DiriNya, Inginku titipkan bersama, semua kuntuman bunga, yang indah berseri.' Ya Allah, andai mampu untuk aku lakukan sedemikian rupa. Hurm, alangkah indahnya hidup ini. Sungguh bertuah diri ini.
'Ku sembur haruman mewangi, bersama kata-kata puji, sedang Dia tahu kasih dan Cintanya aku, menjalin ikatan menuju ke syurga.'Nauzubillah. Tak dapat diungkap dengan kata-kata. (hati ini menangis sendiri, tiada siapa yang tahu tetapi Dia tahu). Walaupun ketika mana kita, hambanya hilang arah, mencari hidayahNya, mencari taufikNya, mencari nurNya. Mencari cinta yang agung, cinta yang satu kepada diriNya. Namun tidak pernah KasihNya terhadap hamba-hambaNya musnah. Malahan, belas rahmatNya terus mencurah, begitu juga dengan nur hidayahNya semakin cerah.
Tapi, kita nie sebagai hamba pernah ke bersyukur dengan semua tu? Bukan untuk mendabik dada menyatakan kesempurnaan diri. Tidak pernah terlintas. Malah, cuba untuk mencari-cari kesempurnaan di muka bumi ini selagi kudrat masih ada, diberi olehNya. Bersyukur atas nikmat Nya mungkin jarang, mungkin juga tak pernah langsung. Diberi nikmat, diberi rezeki, adakah kita mengingatiNya? Adakah kita sebagai hamba, jalankan tanggungjawab yang sudah tentu diberi sebagai khalifah dilaksankan dengan sempurna? Tepuk dada tanyalah iman. Adakah cukup bekalan di akhirat kelak, atau hanya omong kosong. Jawapan ada pada diri anda sendiri.
Subhanallah, indahnya dapat hidup bersamaNya. Entah dapat atau tidak hidup di syurga kelak? Dia yang tahu. (Tiba-tiba pula rasa sebak mencengkam diri). Lagu nie pada aku begitu sempurna liriknya. Begitu memberi seribu makna kepada pendengar. Menimbulkan keinsafan yang mungkin tidak banyak pada awalnya. Bermuhasabah la kita sebagai manusia biasa, hamba yang hina. Hamba yang banyak, yang sering melakukan kesilapan.
~Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam melayari kehidupan di muka bumiMu ini. Kekuatan iman dan amal. Insya-allah. Mudah-mudahan, amin. So, guys. Jom le sama-sama ingat mengingati sesama kita.~
- Kebahagiaan Dalam Perpisahan dari Shahir.
Lirik lagu nie pula mostly bagi aku maksudnya lebih kepada cinta sesama manusia. Haha. Benggong la aku nie. Tapi itulah dia. Tak perlu kot nak jelaskan dengan begitu terperinci sebab bila kita dengar sendiri lagu nie pun kita dah dapat tafsir sendiri kan??
Lagu nie (nie pendapat aku je la taw), bagi aku menceritakan apa yang someone rasa tentang rasa cinta dia terhadap pasangan dia. Maybe bagi dia dah tiada lagi keserasian untuk meneruskan hubungan tu. Dah tiada apa yang boleh dibincangkan sebab even problem tu dibincangkan tak de dah jalan penyelesaian bagi diaorang. And maybe la kan, sebab tu tajuk dia, kebahagiaan dalam perpisahan. Either still ada rasa cinta antara mereka ataupun ada bahagia lepas berpisah, after mereka bawa haluan masing-masing.
So, apa yang perlu kita lakukan (dah macam doktor cinta da..), dalam bercinta nie, kena la ada persefahaman. Benda tu benda basic kan. Setiap orang kena la faham diri sendiri and orang lain, susah la kalau nak orang faham diri kita je. And, tak perlu la kot nak ceritakan keburukan pasangan kita kan orang lain. Bukan tak boleh, but it's like membuka aib orang. Kalau boleh bawa la berbincang sesama sendiri. Setiap problem mesti ada jalan penyelesaiannya.
And, bagi aku la kan, tak semua yang kita nak kita akan dapat. Benda biasa kalau bercinta tu ada gaduh ke apa ke. And, life must go on kalau kita tak ditakdirkan bukan dengan dia. Terima lah takdir Allah yang dia bukan jodoh kita. Pasti Allah tentukan jodoh yang lebih baik untuk diri kita. So, kita kena la mencari dan terus mencari. Haha. Poyo. Kalau tak jumpa, berdoa la kepada Allah. Mohon yang terbaik (lawak la pula cakap macam nie).
Apa-apa pun, kita nie hanya mampu berusaha, berdoa and bertawakal. Berdoa semoga dipertemukan jodoh dengan orang yang terbaik. Acewah. :) Of course semua orang nak couple dia baik dunia akhirat right? Macam Ahmad Shahir Zawawi. Haha. Lagi sekali da. But, itu la dia. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, Lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat begitu juga sebaliknya.
Alangkah indahnya kalau kita dapat lelaki yang baik. Semua orang ada ciri-ciri lelaki idaman yang tersendiri, and ciri-ciri perempuan idaman yang tersendiri. Cuma mungkin apa yang dikurniakan Allah tidaklah seperfect yang kita impikan. So, conclusionnya, if kita nak jodoh kita adalah dikalangan orang yang terbaik maka jadikanlah diri kita yang terbaik. If tak mampu untuk semuanya, ubah la sedikit demi sedikit. Begitu juga la dengan diri aku nie. Hihi.
0 comments:
Post a Comment