BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 21, 2010

Sedar Diri.....

Assalamualaikum..


Kali nie post yang akan aku tulis formal sikit. :) Walawei, tak tahu kenapa. Whatever it is, cik fyfah, sila teruskan.

Hurm. Dah berhari-hari aku dengar lagu Nota Cinta dari Saujana plus Kebahagiaan Dalam Perpisahan dari Shahir. But, tak ada la pula rasa jemu. Hehe. It's true, guys.

  • Nota Cinta dari Saujana.
Lirik lagu nie ada maksud yang betul-betul tersirat. Yup, it's true, lagu nasyid memang sentiasa berkait dengan ketuhanan. But this song is really different. Lirik dia, fuh. Tambah pula muzik yang tak tahu den nak kobar an. Makan dalam if kita dalami betul-betul. Bila nyanyi balik sambil tengok lirik dia terasa kerdil diri nie. Kerdil disisi Allah swt. Betapa banyak dosa yang aku dah buat, yang aku dah lakukan di muka bumi nie pada kekasih kita yang satu ini. Kekasih yang kekal abadi (rasa insaf menyelubungi diri).

Banyak mana pun dosa yang kita lakukan, Allah still sayang pada hamba-hambaNya. Dia still bagi peluang dekat kita untuk bertaubat. Tak pernah langsung ditutup pintu taubat. Malah, terbuka luas untuk hamba-hambaNya. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Benarlah apa yang ditulis oleh penulis lirik ini, 'Andai dapatku menulis, nota-nota cinta buat DiriNya, Inginku titipkan bersama, semua kuntuman bunga, yang indah berseri.' Ya Allah, andai mampu untuk aku lakukan sedemikian rupa. Hurm, alangkah indahnya hidup ini. Sungguh bertuah diri ini.

'Ku sembur haruman mewangi, bersama kata-kata puji, sedang Dia tahu kasih dan Cintanya aku, menjalin ikatan menuju ke syurga.'Nauzubillah. Tak dapat diungkap dengan kata-kata. (hati ini menangis sendiri, tiada siapa yang tahu tetapi Dia tahu). Walaupun ketika mana kita, hambanya hilang arah, mencari hidayahNya, mencari taufikNya, mencari nurNya. Mencari cinta yang agung, cinta yang satu kepada diriNya. Namun tidak pernah KasihNya terhadap hamba-hambaNya musnah. Malahan, belas rahmatNya terus mencurah, begitu juga dengan nur hidayahNya semakin cerah.

Tapi, kita nie sebagai hamba pernah ke bersyukur dengan semua tu? Bukan untuk mendabik dada menyatakan kesempurnaan diri. Tidak pernah terlintas. Malah, cuba untuk mencari-cari kesempurnaan di muka bumi ini selagi kudrat masih ada, diberi olehNya. Bersyukur atas nikmat Nya mungkin jarang, mungkin juga tak pernah langsung. Diberi nikmat, diberi rezeki, adakah kita mengingatiNya? Adakah kita sebagai hamba, jalankan tanggungjawab yang sudah tentu diberi sebagai khalifah dilaksankan dengan sempurna? Tepuk dada tanyalah iman. Adakah cukup bekalan di akhirat kelak, atau hanya omong kosong. Jawapan ada pada diri anda sendiri.

Subhanallah, indahnya dapat hidup bersamaNya. Entah dapat atau tidak hidup di syurga kelak? Dia yang tahu. (Tiba-tiba pula rasa sebak mencengkam diri). Lagu nie pada aku begitu sempurna liriknya. Begitu memberi seribu makna kepada pendengar. Menimbulkan keinsafan yang mungkin tidak banyak pada awalnya. Bermuhasabah la kita sebagai manusia biasa, hamba yang hina. Hamba yang banyak, yang sering melakukan kesilapan.

~Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam melayari kehidupan di muka bumiMu ini. Kekuatan iman dan amal. Insya-allah. Mudah-mudahan, amin. So, guys. Jom le sama-sama ingat mengingati sesama kita.~

  • Kebahagiaan Dalam Perpisahan dari Shahir.
Lirik lagu nie pula mostly bagi aku maksudnya lebih kepada cinta sesama manusia. Haha. Benggong la aku nie. Tapi itulah dia. Tak perlu kot nak jelaskan dengan begitu terperinci sebab bila kita dengar sendiri lagu nie pun kita dah dapat tafsir sendiri kan??

Lagu nie (nie pendapat aku je la taw), bagi aku menceritakan apa yang someone rasa tentang rasa cinta dia terhadap pasangan dia. Maybe bagi dia dah tiada lagi keserasian untuk meneruskan hubungan tu. Dah tiada apa yang boleh dibincangkan sebab even problem tu dibincangkan tak de dah jalan penyelesaian bagi diaorang. And maybe la kan, sebab tu tajuk dia, kebahagiaan dalam perpisahan. Either still ada rasa cinta antara mereka ataupun ada bahagia lepas berpisah, after mereka bawa haluan masing-masing.

So, apa yang perlu kita lakukan (dah macam doktor cinta da..), dalam bercinta nie, kena la ada persefahaman. Benda tu benda basic kan. Setiap orang kena la faham diri sendiri and orang lain, susah la kalau nak orang faham diri kita je. And, tak perlu la kot nak ceritakan keburukan pasangan kita kan orang lain. Bukan tak boleh, but it's like membuka aib orang. Kalau boleh bawa la berbincang sesama sendiri. Setiap problem mesti ada jalan penyelesaiannya.

And, bagi aku la kan, tak semua yang kita nak kita akan dapat. Benda biasa kalau bercinta tu ada gaduh ke apa ke. And, life must go on kalau kita tak ditakdirkan bukan dengan dia. Terima lah takdir Allah yang dia bukan jodoh kita. Pasti Allah tentukan jodoh yang lebih baik untuk diri kita. So, kita kena la mencari dan terus mencari. Haha. Poyo. Kalau tak jumpa, berdoa la kepada Allah. Mohon yang terbaik (lawak la pula cakap macam nie).

Apa-apa pun, kita nie hanya mampu berusaha, berdoa and bertawakal. Berdoa semoga dipertemukan jodoh dengan orang yang terbaik. Acewah. :) Of course semua orang nak couple dia baik dunia akhirat right? Macam Ahmad Shahir Zawawi. Haha. Lagi sekali da. But, itu la dia. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, Lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat begitu juga sebaliknya.

Alangkah indahnya kalau kita dapat lelaki yang baik. Semua orang ada ciri-ciri lelaki idaman yang tersendiri, and ciri-ciri perempuan idaman yang tersendiri. Cuma mungkin apa yang dikurniakan Allah tidaklah seperfect yang kita impikan. So, conclusionnya, if kita nak jodoh kita adalah dikalangan orang yang terbaik maka jadikanlah diri kita yang terbaik. If tak mampu untuk semuanya, ubah la sedikit demi sedikit. Begitu juga la dengan diri aku nie. Hihi.



Thursday, May 20, 2010

Giler !!!

Memang tengah giler sebab dah pukul 4 pagi still tak tidur. Tadi buat conference dgn Fiqa, Yana and Cik Nab. Mula-mula tu, tak ada la mereng sangat topik yang dibicarakan. Tapi, lepas tu, astagfirullah hal azim. Hihi. Faham-faham je la. Haha. Tak la, gurau ja ba.


Entah. Hari nie rasa macam happening gile dengan budak-budak nie. Tak tahu kenapa. Gelak sampai pecah perut. Tak berhenti gelak. Aku rasa macam aku yang hyper malam nie. Buat lawak je. Rindu betul dengan kawan-kawan uitm, smadklana and srias. Wah, bila dapat jumpa korang nie.

Nanti, dapat jumpa bila dapat kad undangan kahwin korang. Haha. (Tengah mereng sebab dah ngatuk but still nak update post).

Ok kawan-kawan. Kamu perlu tahu yea saya sangat rindu kamu. Haha. Kamu rindu saya tak? (Mesti la rindu kat fyfah yang comel nie. Wah, Perasan sudah nie ba).

Tuesday, May 18, 2010

Ciri2 Lelaki Idaman Den..Hahaha...



Aku nk gelak guling-guling jap because of my title for this post..

Aku pun x tahu kenapa aku tulis tajuk post yang agak pelik. Mimpi apa ntah malam tadi. Shahir kot. Haha. Whatever. My mum dah bising-bising sebab hari-hari tengak video pasal shahir.

'Akak, kamu x jemu ke tengok benda nie hari-hari.'
Sambil gelak. 'Tak lah. Nak jemu kenapa? Ok apa. Mana tahu jadi menantu umi ke?'
'Huh, nak la si shahir tu kat kamu.' 'Mestilah. Akak kan ada ciri-ciri wanita idaman shahir. (Kununnye la. Perasan je lebih sebenarnya.)

Because of that thing, aku rasa tergerak hati pula nak tulis post pasal ciri-ciri lelaki idaman. Hehe.

Just joke. Aku bosan and tak tahu nak post blog pasal apa, so aku tulis la pasal benda nie. Kawan-kawan aku pun ramai yang dah berbahagia dgn hidup masing-masing cuma aku je la kan yg belum ada pengganti. Acewah. Ayat x leh bla.
Okey, let's we move to our mainpoint. Haha.

1. Firstly, of course la beriman ye tak. Kalau x beriman macam mana nak conduct family. Lagipun, keimanan itu sgt penting dalam diri seorang muslim. Acewah. Berceramah la pulak kan. Sebagai contoh, macam Shahir. Shahir lagi ye tak. Dah tu je contoh yg ada.

2. Erm, dia bukanlah seorang yg kuat cemburu. Ah, payah la kalau kuat cemburu. Sikit-sikit nak cemburu tak tentu pasal. Kalau nak cemburu tu boleh. Tapi, biarlah berpada-pada. Kadang-kadang kalau terlampau cemburu sangat buat orang rimas. (Pandangan aku la kan. Tak tahu la korang macam mana.)

3. Dapat terima diri aku and family aku seadanya. Yang nie tak perlu kot nak cakap panjang-panjang. Setiap orang ada kelemahan and kekurangan. So, sama-sama la berkongsi apa yang ada. Means, kalau dia tak puas hati, cakap la face to face. Tak perlu nak cakap belakang-belakang. Tak best la kan.

4. Yang nie pelik sikit coz erm aku tak tahu kenapa aku macam tertarik dengan lelaki yang pakai braces. Haha. Memang lawak. But, bagi aku lelaki yang pakai braces menarik. Aku pun tertarik. Macam shahir. Shahir lagi. Bohsan. Hihi. Tapi, tu la. Aku pun tak tahu kenapa. Ntah. Macam cute je bila tgk boys pakai braces. Yang nie memang ciri-ciri yang sangat nonsense la bagi aku.

5. Ada pelajaran. Yang nie paling penting. Bukan bermakna aku underestimated orang yang tak ada pelajaran but benda nie la yang paling penting. Macam mana kalau kau tak ada pelajaran then nak tanggung pula anak orang. Nanti jadi masalah lain pula. So, hopefully, berharap je la kan lelaki tu engineering ke, doktor ke, arkitek ke or lawyer juga. Haha. Demand pula. Macam diva. Just joke.

Apa lagi ek. Hurm. Macam lawak je post aku untuk kali nie. Aku tak tahu apa motif aku tulis benda sengal nie.

Alah, rileks la. Untuk suka-suka je pun benda nie. So, ciri-ciri yang lain. Erm, aku suka kalau laki tu pakai belt warna putih. Nampak smart giler. Then, of course la kita nak lelaki tu boleh di bawa berbincang. It's basic right. Lagi, aku just ringkaskan la ye.

  • pandai bawa diri.
  • lawak.
  • then, pandai main gitar.
  • bertolak ansur, memahami, saling hormat menghormat...acewah...
  • lastly, pandai la dalam bab-bab fesyen. (Yang nie lagi tak masuk akal.)
Ok. Benda nie main-main je. Kita nie hanya merancang. Tapi, Allah yang menentukan. Aku pun tak tahu apa motif aku letak gambar shahir kat atas tu (Sekadar perhiasan je la ye.) Siapa pun lelaki tu, aku terima. Haha.

*p/s: Ini hanya la rekaan untuk mengisi masa lapang.

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Kebahagiaan.. dalam perpisahan.....

Friday, May 14, 2010

Nota Cinta-Saujana


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur HidayAndainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerahah-Nya semakin cerah

Cuti-cuti Lepas Exam....


Assalamualaikum..

Hihi...Siap bagi salam lagi. Maklumlah, dah lama x update blog. Patutlah gatal je tgn nak menaip. Oklah. Tanpa membuang masa, mehla aku coret-coret sikit life aku after habis exam hari tu.

2 days after habis exam, aku dgn kengkawan seangkatan berangkat bercuti ke GENTING HIGHLAND. Best-best. Hihi. Even just one day je pergi tapi tetap happening. So, guys, after this kita pergi lama sikit. Tidur sana plak ea.

Kitaorang pergi naik bus je pun. Bertolak dari KL SENTRAL. Dalam pukul 10am bus kitaorg. Kitaorang bertolak dari hostel pukul 7. Gile berkobar-kobar. Hehe. First time pergi dengan kengkawan of course la excited. Yang pergi 7 orang, 5 girls and 2 boys. 2 orang tu sesat. Haha. Lawak je, jgn marah ye.

Dari KL SENTRAL ke GENTING dalam sejam cam tu. Fuh, pening kepala aku. Lama dah x pergi. Oh lupa. Murah je beb kalau korang nak pergi. RM41 daily and RM45 kalau pergi weekend. Haha. dah macam promoter plak. Kira korang kena bawa duit nak makan je pun. Kira murah la tu sebab include skyway, bus and outdoor. Itu pun kitaorang x sempat nak habiskan semua outdoor. Bertolak pukul 10am and sampai pukul 11am.

nie time sampai..Farid ambil gambar nie.

Sampai je, kitaorang naik cable car pergi GENTING. Dalam 15 minit dalam cable car. Wah, time nie la nampak pemandangan yang indah. Dah macam traveller writer pulak aku bercerabih. Hehe. Apa lagi yang kitaorang boleh buat dalam cable car tu kalau bukan ambil gambar secara x bertauliah. Habis la camera Aimi dengan Farid kitaorang kerjakan.

wah..cantiknye....

aku dgn yana baa...

Leka betul kitaorang ambil gambar. Yang berasa gayat terus hilang rasa gayatnya. Hihi. Memang berceloteh je la kerja kitaorang sambil memberikan pose-pose yang menarik. Lawak ja ba.



2 org lagi x dapat dikesan..hehe..

sejuk...

Hah, apa lagi. Dah sampai kat Genting, lupa la pula jalan nak pergi outdoor theme park. Cari punya cari. Pusing punya pusing satu Genting. Haha. Akhirnya, kami ketemu juga dengan pintu masuk outdoor. Lawak siot. Sempat lagi tu memberikan pose istimewa untuk peminat. Just joke.

cik nab and yana..

ajer dgn farid naek astro fighter..budak2..

gay couple 4 eva..juz joke..

Ok guys. dah dapat peluang nie kitaorang main la puas-puas. Apa yang ada, semua kitaorang try. Haha. First thing yang kitaorang naik, CROKSCREW. Walawei. Memang x yah cakap la cuak dia cam ne an. Yana pun naik. Yana, aku tabik spring sama kau. Nanti kita naik lagi ya ba. Aku mo naik sama kau dengan ajer ya ba. Aku nda kira. Aku mo tarik kamu orang nanti. Hehe. Cruel x aku? Pastu, aku dengan aimi naik SPACESHOT. Hah, yang nie memang x perlu diucapkan dengan kata-kata. Memang terasa jantung tertinggal kat atas. Tapi, memang best gile beb. Ajer x nak naik. Haha. Zira dah tarik diri awal-awal. Then, kitaorang naik SPINNER (macam orang mabuk lepas naik benda nie), PIRATE SHIP (zira sampai dua kali naik benda nie), CYCLONE (sama macam naik crokscrew), apa lagi ea. Jap, aku revise balik. Then, naik la pulak FLYING DRAGON. Yang nie cam budak-budak la sikit.

Dah penat bermain, kitaorang pun apa lagi. Time to eat. Makan-makan jap, jalan round buat kali terakhir, then balik la..

So, guys, next time kita pergi tempat lagi syok ea....


b4 balik....