BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 14, 2010

Result?? Amacam?

Result..result..result..


Amacam result? Dah la aku sakit jiwa buka student portal. Ya Allah, dari pukul 12pm (10 Jun) aku tunggu sampai la ke malam, still tak dapat buka. Sakit betul jiwa. Tangan aku pun sakit juga la sebab asyik tekan butang refresh je. Macam nak tercabut pun ada juga jari nie.

Dah sakit jiwa sangat, aku dengan kawan-kawan aku keluar malam tu. Yang buat gila kitaorang pergi Melaka malam tu. Bapak lak ai. Dengan minyak yang cukup-cukup kami meneruskan destinasi ke Melaka semata-mata untuk mencari satay. Ahahaha. Lawak la pula. Hambik kau. Balik Seremban pukul 5am (11Jun). Release tension tu memang release la tapi aleh-aleh kena marah dengan umi. Hambik kau.

Kawan aku, mak dia sampai talifon berkali-kali. Aku pun dah naik cuak juga la. Maun aku tak cuak, dengan minyak macam sekali berhenti tepi jalan, siapa nak jawab? Aku memang dah fikir benda yang bukan-bukan dah malam tu.

Mati la aku kalau result tak elok. Dah la keluar malam-malam plus pula kalau check result tak memberansangkan. Haduh, memang two in one la aku kena.

Haha. Tapi, nasib aku baik. Hihi. Allah still sayang aku nie. Alhamdulillah. Usaha yang tak sia-sia. Walaupun bukan dean's list tapi tak pe la. Sem 2 nie boleh buat yang terbaik. Yang penting jangan putus asa. Teruskan berusaha. Acewah. Ayat cantik je. So, guys. Aku ucapkan congratulation to all of you yang dapat result baik, especially yang dapat dean's list. Yang tak dapat, kita usaha sama-sama ok?

To umi, abah, family and all my friends, aku ucapkan terima kasih di atas sokongan dan doa kalian. selamat maju jaya untuk korang juga...

Tuesday, June 8, 2010

Percaya atau tak???


Itulah persoalan yang bermain-main dalam kepala otak aku sekarang. Entah. Sama ada nak percaya dia atau tak? Ish, tak tahu la macam mana nak den kobar an (tiba-tiba cakap loghat negeri). Ish, memang susah la nak percaya sebenarnya.

Setiap apa yang dilontarkan, kalau orang senang percaya, memang 100% akan percaya la. Memang 100% cair punya. Haha.

Okey, sebenarnya ceritanya macam nie. Setelah beberapa ketika aku perhatikan this guy, aku rasa macam dia tak jujur dengan aku. Seriously. Kalau tengok muka dia beb, memang korang cair la. Baby face kot, jambu. Haha, jahatnya aku.

Aku nie jenis yang akan siasat habis-habisan la kan. Kalau boleh pasang spy, memang aku pasang. Tapi, tu la.

Bila aku selidik, siasat, hurm memang tak bolah nak cakap apa la kan. Ntah la. Pening pula aku fikirkan. Perasaan nie susah untuk diduga. Susah untuk diucapkan, diungkap dengan kata-kata. Memang takkan terluah pun (acewah, bermadah pujangga pula malam-malam buta nie).

Beb, tak terlintas pun di hati nie nak burukkan mana-mana pihak. Tapi, bagi aku sekarang aku rasa better kita kawan la dulu. Mungkin dari situ, kita dapat lihat diri kita yang sebenarnya, kita dapat nilai diri kita yang sebenarnya. Siapa kita? Layak ke kita untuk pasangan kita? Haha. Jiwang dah nie.

Aku sebenarnya (dari tadi aku cakap perkataan nie..sebenarnya..) takut dah nak bercintan cintun nie. Tak tahu la kenapa. tapi, itulah aku. Aku susah dah nak percaya kat lelaki sekarang nie.

Maafkan aku................acewah....

Sunday, June 6, 2010

I found u....

Hurm........weird.....


Haha. Benda yang pelik berlaku semalam. Let's me story bout it. Okey, at first aku buka la profile kawan baik aku nih. Then, dah buka profile orang of coz la nak jadi stalker an? Tipu la kalau tak nak godeh-godeh pic org. After that, aku belek-belek la pic tu satu persatu. Yang buat aku terkejut, aku jumpa kawan lama aku daaa....

Aku pun apa lagi tanpa membuang masa terus la mencari FB beliau and gue ketemu (apsal aku tiba-tiba cakap indon plak). Aku pun add la beliau tanpa memandang kiri dan kanan. Buat apa nak pandang, bukan aku lintas jalan pun. Haha. Tengah malam itu, aku dikejutkan dengan berita bahawa beliau telah mengapprove aku. Wah, gembira bukan kepalang (teror jugak bahasa melayu aku).

Pastu, kami pun berchat la di FB. Haha. Yang buat aku gile is dia still remember kereta apa aku naik time skul rendah dulu and what color it is? Wow, amazing. Daya ingatan yang kuat. Makan kismis banyak kot. Haha.

But i'm happy of itcoz dapat jumpa my old friend yang dah lama tak jumpa.

p/s: Thanks haris. Haha. And thanks again coz bagitahu aku rahsia yang kau simpan berkurun lama tu. I'm really appreciated of it. Thanks my dear.

Saturday, June 5, 2010

Kahwen???



Hihi...

Siapakah yang nak kahwin tu?? Aku?? Haha. Bukan lah. Post kali nie aku nak cerita la an pengalaman aku buat rewang kat rumah kawan aku. Tolong la mana yang patut, mana yang mampu. Kak Ida yang kahwin. So, Kak Ida, Selamat Pengantin Baru saya ucapkan. Semoga berbahagia sehingga akhir hayat. Acewah. Hihi.

Aku pergi rumah fiqa pun dengan ayu. Thanks ayu sebab ajak aku. Haha. Aimi tak dapat pergi coz balik Shah Alam (kan mie ko balik Shah Alam?? Haha.. ). Lama la juga aku dengan ayu bermaustatin. Jadi musafir jap. Haha (adala dalam 3 hari 2 malam. Siap book hotel nie kat rumah fiqa. Haha. Jgn marah fiqa).

Kitaorang bertolak khamis ptg, dalam pukul 2.30 mcm tu bas kitaorang. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam stgh. (Fiqa penipu. Kunun 2 jam stgh. Tgk2 tambah sejam. Sakit punggung aku nie duduk dalam bas lama-lama. Almaklum, dah lama tak naik bus jln jauh. Haha). Kitaorang sampai dlm pukul 6 stgh mcm tu. Kak Ida jemput. Maun tak aku mati terkejut si fiqa dtg dr belakang. Wah, apa lagi. Kami pun melepaskan rindu yg tiada batas. Haha. Poyo. Giler berfalsafah.

Then, sampai rumah fiqa, solat, tukar baju, makan sat (perut aku dah lapar time tu. Berkeroncong lagu zapin. Kata pergi Johor, of coz la dgr lagu zapin. Hihi). Malam tu, kami memulakan operasi gotong-royong. Siapkan souvenier kat dalam paper bag, kilatkan telur pindang (Nak tahu apa itu telur pindang, click here http://telur-pindangjohor.blogspot.com/). Telur pindang nie salah satu warisan Johor. (Aku tahu la sebab aku pernah duduk Johor. Abah aku orang Johor).

Biasalah kan. Packing gula0gula untuk budak-budak. Buat tu memang tak letih. Yang buat letih is benda tu byk and nak kena stepler. Hambik kau. Dah lama tak rewang. Padan muka aku. Haha. Tapi, best coz it was a great experience.

So, the next day is hari angkat nikah (Bila aku tgk aku pun rasa cam nak menikah juga. Haha). Best. Tgk live tu. Ada si fiqa pun nangis. Macam dia pula yg menikah (Tapi, mmg patut la sebab akak die kahwin). Syabas fiqa coz mampu mengalirkan air mati. Hihi.

Akad Nikah dekat surau..

Lepas akad nikah. Dah halal dah..

So, petang tu ada majlis khatam al-quran. Fuh, gile meriah. Tapi, aku dah tak larat. Penat betul. Sampai tertidur la. Sempat tu. Haha. Muka dah x boleh nak tahan. Mata pula, tak yah cakap la kan. Hihi.

Tyme Majlis Khatam Quran..

Pelamin tersegam indah. Buat sendiri tuh.



Malam jumaat tu dah x de nak buat apa sgt. Biasalah. Kemas rumah. Siapkan pelamin and hantaran mana yg tak siap. Aku pun tidur awal la kan malam tu. Almaklum, esok nak bersanding (Haha. Aku lak yg kobar-kobar.)

So, hari yang dinanti-nanti pun tiba. Hari bersanding. Kak Ida cantik. Kebaya moden warna putih. Wah, putih salju. But all the family pakai warna color hijau. Hihi. Aku and ayu jadi orang yg tolong bagi cenderahati. Pagi tu, biasalah kan. Potong buah, agar-agar. Hihi. Memang kerja yang paling aku suka.

Petang tu dah kena balik coz bus kiteorang tersilap ambil. Kitaorang ingat bersanding pukul 12.30ptg. Rupanya lepas zuhur. Nasib sempat. Haha. Pengalaman best sebab ada tol2 before pengantin lelaki dapat masuk. Hihi. Lawaknya. Siap main balas2 pantun. Memang have fun dekat sana. Thanks Fiqa sebab layan kitaoraang. Rindu kau selalu.

The end......