BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 4, 2012

Testing..testing...

Juz a simple post...

Ujian

Allah datangkan ujian kepada kita untuk menguji sama ada kuat atau tidak kebergantungan kita kepadanya.
Allah sentiasa memperingatkan kita, kerana DIA sayang akan hamba-hambanya. Dalam surah Al Ankabut ayat 2-3 Allah menyebut :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-o
rang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Kemudian Allah memujuk hamba-hambanya agar sentiasa redho dalam menghadapi ujian. Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 286 :

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Sungguh, Maha Baik dan Maha penyayang Allah.

Wednesday, August 8, 2012

Ramadhan yang bakal berakhir...


Aiyakkk...tetiba..


Hari nie dah 9th August...Lebih kurang dalam 10 hari lagi kita berada dalam bulan Ramadhan..bila fikir-fikir balik, berapa lah sangat amalan yang aku dah buat dalam Ramdhan kali nie..Seriously, rasa sikit betul amalan yang aku buat..Entah ada atau tidak Ramadhan untuk tahun depan..tak tahu la sama ada aku akan berjumpa dengannya lagi ataupun tidak..rasa seperti lebih banyak dosa dari pahala yang aku buat dalam bulan Ramadhan kali nie..Hurm, ya Allah, aku mohon..janganlah Engkau palingkan hatiku ini daripada agamaMu yang Satu..

Cuti sem kali nie, tak de la banyak benda yang aku buat..ngehehe..buang masa adalah..haha..cuti kali nie benda yang paling berfaedah aku buat adalah, haha..jeng jeng jeng..masuk driving school (tak yah ko nak bangge sgt pipah oii..org dah berzaman bwk kete..ko baru nak bawak..). haha..nasib la lepas ujian komputer, Alhamdulillah, tak yah nak bazir duit repeat..ngehehe..so, lepas nie masuk kelas amalai and teori la pulak..haha..

Then, biasa la..lepas dah final exam nie, time-time bergumbira nie lah dia nak bagi result..haha..awal gila...so, alhamdulillah..bersyukur..even bukanlah result yang boleh dibanggakan ataupun DL, but, bersyukur sebab semua subject lepas..itu pun kira bersyukur sgt2..Insya-Allah, tinggal final sem untuk BLS..so, harapan dan doa semoga kalau boleh dapat DL...insya-Allah...

Post kali nie bukan nak bercerita sgt pun..saje je..haha..ape kena lah dengan aku nie..ntah la..ok, skrg nie, seriously aku bukan nak buka aib sesiapa..semua orang ada hak untuk bersuara..ada hak untuk defend diri, family or even frenz..and semua orang ada hak untuk marah, bengang, benci and etc..

So, sekarang nie, aku bukan apa..dah lama dah tahan nie..even dah lama kawan, tapi takkan lah tak faham perangai orang lain..takkan lah orang lain nak faham diri kau tapi kau sikit pun taknak and tak faham orang lain..and, please lah..admit kesalahan diri sendiri..jangan nak menunding jari dekat orang lain ataupun buat tak tahu padahal memang tahu tu kesalahan kau..orang sekeliling boleh tahu siapa yang salah..semua orang kat dunia nie tak perfect mana pun..jangan sebab nak dapat title perfect, kau tak nak mengaku..adoiyai...susahnya bila ada orang macam nie..tak ada pun orang nak marah kau kalau kau mengaku salah sendiri..

Life dengan study, dua perkara yang berbeza..aku pun sedar la kan..aku nie bukan sesape nak cakap pasal life..but, please la..kalau tak tahu, cakap tak tahu..tak yah nak berlagak pandai, semua perkara kau tahu...annoying taw..kalau sekali sekala tu boleh la tahan lagi..nie, kalau dah setiap masa peragai cam tu hah, pergh..boleh panas gak...haha, emo lak hah..tapi, itulah dia..

Dah lari topik dah..haha..so, untuk 10 ramadhan terakhir nie, sama-sama lah kita rebut peluang yang ada..selagi termampu untuk beribadah, selagi kudrat masih bersisa, teruskan lah usaha semoga berjumpa dengan malam Lailatulqadar..perbanyakkan amalan sunat, bersedekah...jangan lupa bayar zakat...nanti kang ada yang lupa..semoga amalan kita diterima Allah, semoga hati sentiasa bersih untuk beribadah..amin, mudah-mudahan diampunkan segala dosa-dosa yang lalu, kini dan yang akan datang..Amin ya Rabb..


Thursday, July 19, 2012

Miss Them So Much....


Semalam perginya seorang insan yang bergelar ibu, mak, umi, mama to one of my friends, Farhana...Salam tazkiah diucapkan...semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin InsyaAllah..

Hurm, rindunya pada arwah atok Jamin (Abah kpd my mum)...dah nak dekat 3 tahun kiteorang beraya tanpa atok...for sure la rasa sedih..yelah, especially time raya la kan..kalau macam kat N9 nie sehari sebelum bulan puasa ada "mantai"...mantai tu mcm acara nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan...sibuk la jual-jual lemang, daging..so, ptg before nak pergi terawih tu, wan mesti dah siap-siap kan bekal la utk atok bwk pergi masjid...time mantai tu, atok la org paling busy sekali..anak-anak semua akan balik...dah macam hari raya dah meriahnya..

Atok pagi-pagi lagi dah keluar cari buluh nak buat lemang sikit..pastu, mak long ke, pak ngah ke atau sesiapa yang balik akan masak..ada la buat lauk sikit..buat sup tulang dengan ayam masak merah ke, tak pun  buat rendang daging..wah, sedapnya..cousins yang kecik-kecik nie apa lagi..tukang menyibuk la...nak tolong masak la ape la..padahal melambatkan kerja...but, itulah yang dinamakan kenangan..esok nya bangun sahur..atok yang biasanya akan kejut semua cucunya..haha, aku la yang paling liat sekali nak bangun..kalau bangun pun, orang semua dah nak habis makan...lagipun, aku jenis tak makan nasi time sahur..kalau betul-betul lapar baru ambil nasi..if not, dapat air panas, cicah biskut ke roti..tak pun, coco crunch dgn susu pun dah okey..haha...atok, pagi-pagi sahur, dgn suara dia je, "Bangkit-bangkit (bangun)..dah nak abeh da waktu sahur ea..bilo nak bangun ea....kang aku cemat (rotan)..kang..bangkit-bangkit..."..dengan muka terpisat-pisat, pergi bilik air, gosok gigi basuh muka, berteleku depan lauk tu..haha...

nak sambung tidur pas sahur, takut kena marah dengan atok...duduk la depan laptop sementara tunggu waktu subuh...kalau bukan time Ramadhan, atok selalu pergi pekan dengan basikal dia..hurm, sedihnya..atok tak suka susahkan anak-anak dia..bila dia balik dari pekan, beli barang dapur, seplastik dia beli gula-gula untuk cucu-cucu..ingat lagi, gula-gula sugus yang seposen dapat dua tu..haha, atok balik je pandai la semua berkumpul kat hall tu, tunggu gula-gula diagihkan..haha..termasuk la aku yang besar gedabak nih...

Yang aku still ingat, atok kan duduk kat kampung, so duit semua tunggu hasil kampung la kan..pernah atok minta kat ummi, dia nak pergi pekan time tu.."Dah, ada duit sikit tak? Abah nak pergi pekan hah..nak beli barang dapur..".. Allah, sayu je hati nih...kalau malam raya kan cerita kat tv byk yang best-best...tapi, yelah, atok pun bukan orang senang, pukul 12 dah tutup..pas atok dah tidur buka dengan kadar volume yang perlahan...haha...itulah atok...tapi regret juga sebab time atok sakit sempat jaga la, tapi tak da la fully jaga..and time atok meninggal tu, aku tak ada kat seremban..nak balik sbn, jauh sbb aku kat kedah time tuh...

Sekarang nie, kampung kat rembau, dah tak ada orang duduk..jadilah rumah tinggal..wan pun sakit..jatuh hari tu..so, xleh nak bangun dah...jadi, bergilir-gilir la adik-beradik umi jaga..raya sekarang pun dah tak bes dah..kampung dah tak ada..so, tak tahu nak raya mana dah tahun nie...harap-harap boleh la berkumpul ramai-ramai...so, terasa la berhari raya...haha..

Sunday, July 15, 2012

Menyesal.....

Assalamualaikum....

Haha..lame beno rasenya tak menulis kat blog nih..fuh, fuh..berabuk dah..yeay...gembira tahap nak mati sebab dah habis exam..nak dekat seminggu dok mah..haha..apy2 sebab boleh gemukkan badan...eh, tak boleh2...Ramadhan akan menjelma tak lama lagi...

So, sekarang dah abeh part 5..lagi 1 sem..habis degree, menjelma plak second degree, LLB (Hons)..Insya-Allah, kalau ada rezki...mudah2 an ada lah hendaknya..lega gile dah abeh exam..sem nie boleh dikatekan sumenya subjek killer..haha...but, alhamdulillah...dapat jawab paper dengan sebaiknya....

sejak akhir-akhir nie, aku banyak berfikir..banyak jugak yang aku belajar daripada orang sekeliling aku...Hurm, hati nie betul-betul rasa kosong..yalah, kurang beribadah padaNya..banyak sangat dosa masa lampau, sekarang dan akan menyusul...entah laaa.....

hati aku rasa kosong je...bukan sbb xdek pakwe ke ape..tu tak kesah sgt..nanti2 boleh carik..if xdek, parents pon boleh tolong carikkan...okey, berbalik pada topik asal...hati???? Ya Allah, banyak nye dosa aku diatas muka bumiMu ini...Banyak sangat..even aku dah mintak ampun pun still gak buat lagi..Ya Allah, betapa aku khilaf...

Saban hari aku merenung masa depan yang tak pasti..banyak lagi benda and perkara yang aku belum laksanakan..sama ada kewajipan pada manusia atau pada Allah sendiri..entah la..apa la nak jadi dengan aku nie..

Ya Rabb, aku bermohon padaMu yang satu..tetapkan lah iman di dalam diri ku ini ya Allah..jangan sesekali aku berpaling padaMu dan aku bermohon ya Allah, tuhan yang Satu....peringatkan lah aku dengan siksaanMu...Amin ya Rabb..

Wednesday, December 15, 2010

Be Strong dear...

Once again, i wanted to say to myself, 'Fyfah dear, please be strong. Please fyfah. Only for this times.' Fine, after this tak ada lagi massage dari dia, call dari dia, comments dekat FB either aku punya or dia.


Before aku tutup panggilan percuma yang aku dapat for my birthday (haha, gila lawak ayat BM aku), aku ingat dapat la aku call dia for the last time. But, ok. He dont wanted to pick it up. Fine. Aku bukan nak cerita hal peribadi aku dekat blog, but for me this is the best place untuk aku luahkan everything. Its not means i dont have anybody untuk aku cerita. Ada tu memang ada, tapi entah. Kira blog nie tempat kedua untuk aku luahkan after aku bercerita dengan Allah.

So, start dari semalam aku try to call and ada la juga hantar massage dekat phone dia. So impress because dia reply. Haha, aku hantar massage pun just untuk informed dia yang aku ada hantar massage dekat inbox FB dia. Aku pun tak tahu either apa yang aku buat nie betul atau tak. Bukan bermaksud aku desperated sangat nak hantar tapi untuk bagitahu dia apa yang aku rasa.

So, dalam massage aku kat inbox dia tu aku just cakap yang i cant be anybody dalam life dia after this even as a friends. Rasa macam dah tak boleh nak face to face dengan dia langsung. Aku pun tak tahu la nak describe kan macam mana. yes, aku admitted yang pada dasarnya aku happy once aku dapat tahu yang dia and _____ nak t_ _ _ _g. Ok, fine. Tapi, cara aku dapat tahu tu seriously aku kecewa. Aku bukan nak marah pun. If betul dia ikhlas nak kawan dengan aku, why not dia cakap. Bukan nya susah sangat nak cakap.

Yep, aku tahu maybe bagi dia, he needs kekuatan untuk bagitahu perkara yang sebenar. Tapi, at least even aku kecewa tapi aku tak ada la rasa sakit sangat macam nie. Aku bukan nak salahkan dia 100%, and maybe aku pun ada buat silap. Ok, aku mengaku. Ada silap aku yang aku tak perasan. Tapi, once again aku rasa agak terasa la dengan apa yang dia buat kali nie. And this things aku akan ingat sampai mati. As what yang dia pernah cakap dulu dekat aku and aku still ingat sampai sekarang, peluang yang diberi tak mungkin akan berulang. Thus, for this time aku pulangkan balik kata-kata yang dia pernah 'pinjamkan' untuk aku.

Bukan bermaksud aku nak putuskan tali ukhwah or whatsoever, tapi cukuplah untuk kali nie. Sorry, i cant be what you want me to be. And aku pun tak faham apa yang dia maksudkan yang dia fail dalam hal between dia and aku. Dah cukup critical thinking dah aku malam tadi. Tapi, sampai sekarang still tak dapat apa yang dia cuba sampaikan. Haha. Sudah la fyfah, lupakan je dia. anggap yang dia dah mati. Itu yang terbaik...

Sunday, December 12, 2010

Perpisahan…”Aku tidak boleh lupakan dia”?


Sering kita dengar dan tahu (malah ada yang pernah merasainya) tentang perpisahan. Perpisahan mungkin menyakitkan tapi seperti yang saya telah katakan “BERSABARLAH”..Saya akan cuba rungkaikan tajuk “perpisahan” semampu mungkin..

Erti Cinta~Perpisahan…”Aku tidak boleh lupakan dia”?



Perpisahan memang menyakitkan. Ayat di atas dimaksudkan ketika berlakunya perpisahan di antara pasangan “kekasih” (benarkah?). Tidak kiralah zaman sekolah kah, zaman universiti kah atau di zaman mana-mana sahaja jika kita perhatikan sering berlaku “cinta monyet” yang menyebabkan berlakunya putus asa ke atas seseorang yang di minta putus. Samada sedih atau tidak pasti salah seorang akan terseksa “jiwa dan raga”. Sehingga ada yang kata “Aku tidak boleh lupakan dia” malah ada yang berkata “Aku tidak boleh hidup tanpa dia”.


Seperti nukilan dan garapan bab sebelum ini, ternyata ramai yang hilang kesabaran dan lupa tentang diri bila berlaku perpisahan. Bagi yang meminta putus pula persoalan sering timbul di ruang hati apakah niat sebenar belakunya perpisahan. Adakah kerana timbul kesedaran untuk tidak bercinta sebelum berkahwin, ingin menganiaya, tiada rasa cinta, kecewa dengan sikap si dia dll.


Walau apa jua alasan dan sebab, perpisahan pasti akan berlaku sebenarnya. Bukankah telah dinyatakan oleh firman ALLAH bahawa setiap manusia akan mati. Jadi sebelum memulakan hubungan fikirlah panjang dan sebenar-benar kerana ALLAH adakah kita mampu menghadapi perpisahan samada sementara atau selama-lamanya. Sememangnya sebagai insan yang beriman jangan lah kita terlalu mengharap cinta manusia (terutamanya sebelum bernikah-cukuplah berkenal-kenalan atau taaruf dengan cara sebenar) kerana CINTA manusia tidak kan kekal, hanya CINTA ALLAH akan kekal selama-lamanya.


Fiman Allah subhanallahu Taala


Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Al Anbia’ 35

Harapkan dan berusahalah diserapkan sematkan dalam hati sanubari kita bahawa CINTA ALLAH lah yang terutama bagi diriku. Itulah yang sebenar-benarnya untuk selama-lamanya.


Mengapa berlaku kata-kata yang dimaksudkan tadi “Aku tidak boleh lupakan dia”? Jawapan: Ia berlaku kerana terlalu mengharapkan pada si dia dan cinta dipenuhi dengan cinta si dia bukan CINTA yang benar-benar satu iaitu ALLAH. Bila ini berlaku ramai yang terlupa dan leka untuk kembali kepada diriNya.


Fenomena ini menjadi satu realiti pada masa kini. Lihatlah betapa ramai yang tersesat dan tersimpang jauh dari landasan sebenar iaitu landasan syariah. Malah kita lihat berlakunya kes bunuh diri kerana putus cinta. Astaghfirullah hal azim. Janganlah kita merasa putus asa sehinggakan mengikut telunjuk syaitan tanpa memikirkan rahmat dari ALLAH. Semaikanlah kekuatan dalam dirimu dengan mengingati ALLAH. “Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang”.


Fiman Allah subhanallahu Taala

…..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Yusuf : 87



Sekali lagi, doakanlah kekuatan untuk diri kita sendiri untuk sentiasa bersama rahmat ALLAH dan petunjukNYa. Selalulah mengucap syukur terhadap apa yang berlaku kepada kita. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Carilah hikmah itu sehingga menjumpainya. InsyaAllah kita akan merasa sangat-sangat bersyukur. Thank You ALLAH. Banyak lagi rahsia ALLAH yang kita tidak tahu di muka bumi ini. Kesyukuran yang dipanjatkan pasti disenangi ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai hambaNYA yang taat lagi bersyukur.


Fiman Allah subhanallahu Taala

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).AnNisa’147


Sedarilah, kamu pasti mempunyai kekuatan untuk melupakan dia. Pasti tersembunyi perasaan untuk mendapatkan kekuatan dan semangat yang kuat dalam diri kita. InsyaAllah, selamilah hati anda disertai dengan Iman dan Taqwa kepada ALLAH. Tidak perlu dirisau kerana setiap manusia yang hidup di dunia ini di jadikan berpasang-pasangan. Pasti ada seseorang untuk di jadikan teman hidup. Fitrah manusia untuk ingin mempunyai teman. Sedangkan Adam alaihis salam juga kesunyian dan perlukan seorang teman. Lalu di ambil lambung rusuk kiri nya untuk di jadikan pasangan hidupnya iaitu Hawa.


Cintailah sebenar-benarnya sepenuhnya suami mu atau isterimu,sahabat2mu dan kedua ibubapamu..pimpinlah mereka ke syurga bersama-samamu, Lunaskanlah tanggungjawab dalam hidup berumahtangga,Lunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak,seorang sahabat... Tetapi tetaplah hati mu pada yang SATU iaitu ALLAH subhanallahu Taala. Itulah hak yang sebenarnya. Ketaatan dan ingatanmu di mulakan dengan ingatan niat kerana ALLAH.


Beginilah, definisi perpisahan sebenarnya memberi makna bahawa ia sudah tidak mungkin bersama kita ataupun perpisahan yang InsyaAllah pasti akan berjumpa semula. Bila di amati, setiap insan pasti akan berlakunya perpisahan iaitu perpisahan yang kekal. Sudah pati ia tidak dapat di elak dan di tangguh. Persoalan: Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi perpisahan yang kekal untuk selama-lamanya? Jawapan: Tepuk dada tanya IMAN. Pastikan kamu bersedia. Bagi yang hidup teruskanlah hidupmu dengan mencari keredhaan kepada ALLAH.


Jangan kerana berpisah dengan manusia yang kita sayang sehinggakan kita lupa kepada kasih sayang yang TERUTAMA iaitu ALLAH. ALLAH lebih berhak untuk diingati dan menangislah keranaNYA dan jangan lupakan ALLAH.


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salahsupaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Friday, December 10, 2010

Thanks my Frenz...



Haha, gila cun siot muka aku. Dah macam opera cina. Boleh dah masuk teater nak berlakon sekali dengan dieorang. Haha, nie la dia akibat tak dengar kata ibu bapa. Giler la korang. Plan yang sangat teratur. Siap buat baik dengan adik. Komplot plak dengan mak kau ye nana. Hihi.

First of all, thanks giler-giler tahap cipanzi sebab celebrated birthday aku. Pandai korang ea. Siap bawa pergi jusco la, nak pergi tesco la. Jalan-jalan. Siot, alih-alih aku tertipu. Haha, tapi aku dah agak dah korang nak buat plan main balin-baling tepung nie. Haha. Seriously, aku terharu and appreciated apa yang korang buat. Thanks once again to Nana and Udyn. Korang memang best.

Lepas nie, Palong punya kita buat gempak sikit. Tambah-tambah telor ke, air stoking sikit. Nasib korang tak buat macam tu. Haha. Thanks juga untuk kek yang kiut tu.


\