haha... rileks.... jgn r terkejut plak... so, aku juz nak berkongsi cerite dgn korang sume... diz story bout sorg guy yg sedang dalm proses untuk mencari future wife... nden when he asked diz question, hnye dgn satu soklan nie jew.... pompuan tu trus marah n putuskan hubgn dieorg... untuk gambaran yg lebih lanjut... read the story.... so i hope it will pengajaran...
'awak sudi jadi isteri kedua saya?' tanya syazni tegas dan yakin.
tiba-tiba mata fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
'tak sangka awak sudah beristeri! awak jahat! sanggup mempermainkan hati saya. awak ingat saya tiada maruah? hah!'pekik fulanah dengan suara tersekat-sekat.
mata syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ad asesiapa yang memandang perlakuan dia dan fulanah. bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
'saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. tapi rupa-rupanya...'fulanah mula sebak.
'tak. maksud saya...'
'sudah! jangan bermulut manis lagi. cukup!'potong fulanah kasar.
'awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. awak ingat saya ni siapa??'suara fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
syazni diam seribu bahasa. dia sudah tahu 'fulanah' diseblik fulanah yang dia kenal selama ini. fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning.dalam hatinya, syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. syazni muram. namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
'ada hikmah,'bisik hati kecil syazni, sekecil pandangannya terhadap fulanah.
hujung minggu berjalan seperti biaa. program-program dakwah menyibukkan jadual syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. namun,hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. jalan yang membawa dia menemui tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. keyakinan serta keaktifan syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. malah, syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.
sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati syazni. bagi fulanah, syazni seperti pelengkap kepada dirinya. namun, hanya sehingga saat syazni melamarnya menjadi isteri kedua. syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. dia mahu berbaik dengan fulanah, namun sikap fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha syazni tersebut.
bagi fulanah, syazni tidak ubah seperti lelaki lain. gerak kerja dakwah syazni berjlan seperti biasa. siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yangs semudanya. namun Allah swt maha mengetahui lagi maha pemurah. seklai lagi dia menghantar seorang perempuan bagi menguji syazni-sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah syazni.
suatu petang dalam suatu program akwah dis ebuah madrasah, syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, nusaibah. syazni sekali lagi gusar takut-takut nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nnati. isteri pertamanya sudah pasti membawa syazni menemui tuhannya, namun, nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti fulanah atau tidak? syazni bercelaru, tetapi tiak bermakna lamaran nusaibah ditolak. dia meminta sedikit maa untuk memekirkan keputusan tersebut. setelah merisik pemikiran nusaibah daripada beberapa sahabat terdekat, syazni berjumpa dengan nusaibah bertemakan sahbat baiknya.
dengan tegas dan yakin, sekali lagi syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada fulanah.
'awak sudi jadi isteri kedua saya?' tanya syazni tanpa segan silu.
'suudi,'jawab nusaibah ringkas.
'er, betul ke ni?' tergagap syazni menerima jawapan nusaibah yang tenang dan yakin.
nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh syazni.
'kenapa saya?' tanya syazni ingin tahu.
'saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,'jawab nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
'baiklah,'jawab syazni tersenyum.
akhirnya, syazni dikurniakan syap kiri yang sangat mambantu dalam gerak kerja dakwahnay selama ini. setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama nusaibah, syazni terasa dakwahnya semakin laju. jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. malah, nusaibah sangat membantu gerak kerja syazni semampu mungkin. setiap kali turun ke lapanagan untuk berdakwah, syazni membawa nusaibah untuk membantu gerak kerja dakwah seadanya. kadang-kala letih menyinggah nusaibah. suaminya terlalu kerap keluar berakwah, seperti mesin yang tiada hayat. namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan syazni. membantu suami melancarkan kerja dakwah. nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
'abang, saya nak tanya boleh?'sapa nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
'ye sayang?'jawab syazni sambil memandu.
'abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,'luah nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
'dah sampai sana nanti, kit akaan jumpa,'syazni menoleh sedikit ke arah nusaibah, sambil tersenyum.
'yeke? dia datang program tu rupanya.'jawab nusaibah riang.
hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu syazni dalam gerak kerja dakwah. di sudut kecil nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama syazni yang banyak membantu selama ini. tidak hairanlah syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.
'kita dah sampia,'syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di di tangannya.
syazni berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
'itu isteri pertama abang,'syazni menunding jari ke arah khemah tersebut.
'mana bang?'nusaibah mengecilakn matanya, fokusnya mencari arah jari syazni.
'tak nampak pun,'nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
'siapa nama isteri pertama abang?'nusaibah sangat berdebar.
syazni tersenyum lebar, memandang nusaibah penuh tenang.
'PERJUANGAN.'jawab syazni.
jika dirimu bakal seorang isteri
terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan islam!
perkahwinan ini telah lama dilangsungkan...
kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang suamimu. janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!
jika dirimu bakal seorang suami...
terimalah bahawa and abukanlah suami pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintainya dan disayangi oleh bakal isterimu! bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, jerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.
dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan hadir dalam sanubari isterimu...
bantulah isterimu atau suamimi dan kautkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia....
Monday, November 30, 2009
Would you be my 2nd wife???
Posted by Nurafifah.Safirah.Mohd.Johari at 6:34 PM 3 comments
Sunday, November 29, 2009
cinta terakhir
kau cinta pertamaku
kau cinta terakhirku
tiada apa yang bisa
menafikan kasih kita
kau ayu dimataku
satu antara seribu
tiada tara di dunia
mungkin kan terputus di tengah jalan
mungkin kan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir
kau ayu dimataku
satu antara seribu
tiada tara di duni
mungkin kita kan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan tuhan
Posted by Nurafifah.Safirah.Mohd.Johari at 8:47 AM 0 comments
LiFe and Death
nothing best happened in my today… so, I just wanted to share something with all the bloggers…
kita selalu bertanya dan Quran sudah pun menjawabnya…
kita bertanya: kenapa aku diuji?
Quran menjawab: “apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, ‘kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang berdusta.”
(surah al-ankabut ayat 2-3)
kita bertanya: kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab: “boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah megetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(surah al-baqarah ayat 216)
kita bertanya: kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(surah al-baqarah ayat 286)
kita bertanya: kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab: “janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati. padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang- orang yang beriman.”
(surah ali-imran ayat 139)
kita bertanya: bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab: “dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang kusyuk.”
(surah al-baqarah ayat 45)
kita bertanya: kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab: “cukupah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain daripadanya. hanya kepadanya aku bertawakal.”
(surah at-taubah ayat 129)
kita bertanya: apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab: “sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”
(surah at-taubah ayat 111)
kita berkata: aku tak tahan!
Quran menjawab: “dan janganlah kau berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya tiada putus asa daripaada rahmat Allah.”
(surah yusuf ayat 12)
kita bertanya: sampai bila aku akan merana begini?
Quran menjawab: “kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudaha. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(surah al-insyirah ayat 5-6)
Posted by Nurafifah.Safirah.Mohd.Johari at 5:35 AM 0 comments
Friday, November 20, 2009
Degree ooHH DegRee....
wah....kes berat nie...degree owh degree...pening pening...benda yg memeningkan adalah kiteorg nie spm terbuke or spm/mce...ntah pe binatang nye ntah mce....aku pun tak taw...kiteorg siap google nk carik ape itu mce....pening tu mmg pening...sume org aku n kengkawan tanye...kenape lah die tak letak intruction...spm/mce is what....spm terbuke is what..and etc....so, kiteorg tak yah la nk terbanggak2.....ntah le beb....then aku tanye plak, klu ubah lbh dr 3 kli tak pe...then ade yg ckp die akan amek maklumat yg terakhir...kirenye ape yg kite dah print and kemaskini wat kli ketige tu yg dia akan amek....aku pun dah pening......so, hidup ak sekrg is lepak jew kt rumah...sementare menunggu surat degree.....peace....
Posted by Nurafifah.Safirah.Mohd.Johari at 2:14 AM 0 comments
Monday, November 16, 2009
BerakhirnYe Sebuah Kehidupan....
Dah nak dekat sebulan lebih aku jadi penggangur terhormat...hahaha...apy la kot...mengemukkan badan...but, aku rindu giler dgn dak2 uitm kedah...omg...mis u all, guys...so, after diz kiteorg akan continue dgn degree but tak taw in what course...and i hope kite sume akan jumpe blik at shah alam...last week kiteorg dapat result...wahahaha...for all part 3, congrate to all of u...after diz tggl result MUET je la yek utk sape2 yg repeat seperti aku...hehehe...and my activity for diz week is jadi fasi at my old school...hehe..as a part of my life...saje jew...cari experience...jumpe blik dak2 time skul....waaaaaa......dah la crik keje tak dpt...cedihnye...it's okey...hidup harus diteruskan...
Posted by Nurafifah.Safirah.Mohd.Johari at 3:48 AM 0 comments